Selasa, 7 Jun 2011

HADIRNYA CINTA

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiXMS3V701TNOO03FmSnuJAjGCT1E16LAHttpnHeDo6WslG5H-ICZf3lJ9x-flHB284UFTwzIZLxU8Nx63TvtbsW-g2R1KEIVDJvpdfQ4fC3xD0D22WDTLyoWGUaCP3OM3vqwkLhealI3Ie/s1600/ALAFNH003.jpgYasmin Nadilla suka melancong. Kali ini Pulau Santubong, Pulau Sejinjang menjadi destinasinya. Namun malang tidak berbau, Yasmin Nadilla telah diculik bersama seorang anak hartawan bernama Daniel Ezairy.

Sejak menjadi tahanan, Daniel Ezairy sudah mula tertarik dgn Yasmin Nadilla walaupun dia sudah ada kekasih bernama Sharifah Mastura. Yasmin Nadilla tidak boleh menerima cinta Daniel Ezairy kerana dia sudah bertunang dengan Amran.

Pelbagai cara dilakukan untuk menarik perhatian Yasmin Nadilla. Namun semuanya gagal. Yasmin Nadilla sedikitpun tidak ambil kisah tentang perasaan Daniel Ezairy. Dia betul-betul setia pada tunangnya dan tidak mungkin akan berpaling tadah.

Sebaik sahaja dibebaskan, Yasmin Nadilla pun pulang ke kampung. Alangkah terperanjatnya apabila dia mendapat tahu adiknya, Hasliza sudah berkahwin dgn Amran. Hancur hatinya. Dia tidak sangka adiknya sanggup merampas bekas kekasihnya.

Sejak kepulangan Yasmin Nadilla, hati Hasliza tidak pernah tenteram. Dia berasa sangsi terhadap kakaknya. Dia takut kakaknya akan merampas kembali hati Amran. Pelbagai konflik berlaku hinggakan Yasmin Nadilla membawa diri ke Terengganu.

Di Terenganu, Yasmin Nadilla telah bertemu kembali dengan Daniel Ezairy. Dapatkah Yasmin Nadilla menerima cinta Daniel Ezairy?

Tiada ulasan: