Jumaat, 10 Jun 2011

IZZATUL ISLAM : ADA APA DENGAN DOA WEHDAH ?

Editor : MUSLIM 24 JAM™ 

Umat Nabi Nuh A.S. dihebatkan oleh Allah dengan kepakaran dalam bidang perkapalan, maka diutuskan Allah dengan seorang Nabi yang juga pakar pertukangan kapal. Bani Israel  pula, ketika di zaman Firaun Laknatullah telah dihebatkan dengan amalan sihir tongkat yang boleh bertukar menjadi ular, maka Allah utuskan Musa A.S. yang mahir di dalam menggunakan tongkat.

Umat Nabi Daud pula dihebatkan dengan kepakaran dalam bidang besi, maka Allah utuskan Nabi Daud AS, seorang Nabi dari kalangan pakar pertukangan besi. Maka, adakah ini suatu kebetulan terhadap Sunatullah yang telah disusun Allah Taala ?

Begitu juga baginda , Nabi Muhammad SAW, umatnya dihebatkan dengan hiburan yang datang dari lagu-lagu dan syair. Maka Allah mengutuskan Rasulullah SAW, Nabi Agung yang menjadi orang yang pertama memperdengarkan bait-bait syair yang terlalu indah datangnya dari Allah, iaitu Al-Quran Al-Karim.

Itulah mukjizat terhebat yang ada pada baginda, tidak setanding dengan kapal yang diperbuat oleh Nabi Nuh AS, tongkat yang ada pada Nabi Musa, atau mukjizat Nabi Daud yang mampu melembutkan besi dengan tangannya.

Antara kita percaya atau tidak, Kalimah Allah sendiri mendatangkan Izzah (kekuatan) pada orang muslim. Kalimah itu banyak tercatat di Al-Quran, sekaligus membawa pengharapan kita ke arah redha Allah yang Maha Agung. Sebut sahaja 'Allah', barangsiapa yang mempunyai hati yang suci dan bersih, pasti akan menangis.

Teringat sewaktu di SMAKL suatu ketika dahulu, kami diperkenalkan satu kalimah keramat yang dipanggil sebagai Wehdah. Lafaznya banyak mengandungi kalimah tauhid -Lailahaillallah. Kalimah Allah apatah lagi. Kami diajar untuk membacanya, melaungkannya bagi melahirkan izzah (kekuatan) dalam diri sewaktu menghadapi peperiksaan SPM yang semakin hampir.

Kiranya, kalau kami 'tension' pada waktu itu,mungkin tiada ubat lain selain daripada doa wehdah. Sesiapa sahaja yang pernah mendengar lafaz dibawah ini, selalunya individu itu mungkin kebanyakannya tergolong antara tiga golongan ini : 1. Beliau adalah orang yang pernah berada dalam pendidikan agama, 2. Pernah dengar dalam Kem Motivasi atau 3.Pernah bersama-sama diiringi oleh 'pengawal helmet merah' di jalanan.( Pernah join ke? Hehehe...)

Jom sama-sama kita baca :

Tiada Tuhan yang disembah selain ALlah

Tuhan yang Maha Esa
dan kami berserah kepadaNya
Tiada Tuhan yang disembah selainNya
kami tidak menyerah selain kepadaNya
kami mengikhlaskan tunduk kepada Nya
walaupun dibenci oleh org musyrik

Tiada Tuhan selain Allah
Tuhan kami dan Tuhan nenek moyang kami
yang terdahulu

Tiada Tuhan yang disembah selain Allah
Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa
Dia telah menunaikan janjiNya
Dia telah memenangkan hambaNya
Dia telah memuliakan tenteraNya
dan Dia telah mengalahkan musuhNya berseorangan

Bagi Allah segala kerajaan,bagi segala pujian
Dia yang menghidupkan dan mematikan
Dia yang mematikan dan menghidupkan
sedangkan Dia Maha Hidup dan tidak mati
Dalam segala kekuasaan dan kebajikan
dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu

Allah Maha Besar

Tiada ulasan: