“Cik Dira...Cik
Dira...” seseorang yang berdiri berhadapan Adira memanggilnya.
“Ehmm...hmmm...Ya Hanom. Maaf apa ya tadi awak nak cakap?” Adira pura-pura
pandang skrin i-Pad sambil mengaru
kepalanya yang dilitupi tudung untuk cover malu.
“Errrr Cik Dira okey ke tak ni?
Saya masuk ni nak ajak Cik Dira pergi makan sekali, tak kan dah lupa kot.” soal
Hanom yang merupakan setiausaha peribadinya. Jauh sangat si Adira tu berangan, kalau tak ditegur entah ke mana saja anganannya. Mana tak nya Hanom baru aje masuk nak ajak Adira keluar makan
sebab sekarang lunch time, tapi lain pula yang dicakap si Adira tu .
“Owhhh saya okey aje.
Sorrylah tadi fokus saya hilang kejap. Saya tengok awak cantik sangat sampai
mengelamun. Hihihihihi.” Jawab Adira sahaja mengusik pembantunya itu. Si Hanom
dah malu-malu, bukan dia tak tahu perangai ketuanya yang suka mengusik dan suka
mengelamun.
“Ada-ada ajelah Cik Dira ni nak mengusik saya ni. Saya yang pakai
baju kurung biasa-biasa ni Cik Adira kata cantik.” Hanom merendah diri.
“La
betul la apa yang saya cakap, awak memang cantik, orang cantik pakai apa-apa
pun tetap cantik Cik Hanom oii. Baju kurung tu membuatkan kita nampak sopan dan beradab, kan comel tu. Saya pun pakai baju kurung.” Tak habis lagi Adira
mengusik siap berdiri tunjuk baju kurungnya pada Hanom.
“Hihihihi ada-ada lah
Cik Dira ni.” Jawab Hanom yang kelucuan dengan Adira.
“Dah-dah la tu Dira oi,
akak ni dah penat tunggu kau kat luar ni. Kau kalau nak jadi model baju kurung
pun tunggu la lepas waktu makan jap lagi. Sekarang semua nak pergi makan dulu.” Tiba-tiba
ada suara lain yang menyampuk dari luar.
Kelihatan seorang wanita yang berbaju
kurung moden berdiri di depan pintu pejabat bilik Adira. Wanita itu ialah kakak
Adira, Atyra Diana. Wajahnya nampak muda dan ayu walaupun usia sudah mencecah 35
tahun, merupakan ibu kepada 2 cahaya mata dan merupakan salah seorang pemegang
saham utama dalam Fantasia Holding.
“Apa lagi yang korang berdua tercegat kat
situ? Nak jadi patung cendana ke? Akak ni dah penat tunggu kat luar. Kalau
korang dah kenyang, biar akak pergi makan sorang-sorang. Akak tunggu korang berdua kat
lobi. 5minit je akak bagi masa” Volume suara Kak Tyra sudah memecah ruangan
bilik Dira sebelum dia berlalu meninggalkan Dira dan Hanom.
Kelam kabut si Dira
mencapai tas tangannya. Legalah semua dah keluar pergi makan, kalau tak mahu semua
staf dalam perjabat ni kecut perut. Suara kakaknya memang tak boleh nak di
slowkan volume. Kak Tyra tersenyum-senyum melihat adiknya dengan Hanom kelam
kabut keluar dari lif. Tyra yang melihat adiknya mula bangun untuk mengatur
langkah keluar untuk makan di sekitar situ.
Bila budak berdua tu datang dekat, “Hah
Hanom ni pun satu akak suruh panggil si Dira tu tapi kamu pun sangkut sekali dekat dalam tu. Eiii budak ni.”
“Maaf Kak Tyra tadi Hanom memang dah panggil Dira
tu tapi dia boleh mengelamaun pastu dia usik Hanom.” Hanom memberitahu sebab
sebelum dia kena marah.
Kebiasaanya Hanom memang akan panggil Adira, Dira bila
diluar pejabat kerana Dira cakap guna panggilan Cik Dira hanya dalam pejabat,
luar pejabat mereka adalah kawan macam tu juga dengan Kak Tyra.
“Dah jom cepat
naik kereta, kang lambat pula kita semua makan kak oi.” Dira cepat-cepat
memanggil kakaknya dengan Hanom sebelum kakaknya menyoal.
‘Nak lari dari kena
soal dengan aku la tu budak ni. Takpe balik umah aku tanya kau ye adikku sayang.’
Tyra bermonolong dalam hatinya sambil tersenyum dengan senyuman yang bermakna
sambil memandang adiknya yang tengah memandu di depan.
Adira yang perasan
dengan senyuman kakaknya dah mula kecut perut.
‘Eh kakak aku ni tersenyum-senyum, ni mesti dia nak soal balik kerja jap lagi. Adoyai kakakku tersayang janganlah kau menyoal adikmu ini.’ Dira kembali fokus memandu. Dia berharap kakaknya akak lupa menyoalnya nanti.
‘Eh kakak aku ni tersenyum-senyum, ni mesti dia nak soal balik kerja jap lagi. Adoyai kakakku tersayang janganlah kau menyoal adikmu ini.’ Dira kembali fokus memandu. Dia berharap kakaknya akak lupa menyoalnya nanti.
“Hah dah sampai pun. Jom turun makan, jomlah kak
Tyra. Hanom dah lapar ni.” Bersemangat sungguh Hanom, siap bertepuk tangan. Nampak sangat laparnya.
Kak Tyra dan Dira tersenyum melihat gelagat Hanom tu,
kalah budak sekolah rendah je seronoknya, tapi memang dah lapar pun perut ni,
lagi-lagi buka je pintu kereta dah terbau ikan bakar Restoran Hijauan Rimba.
Sebut je nama restoran ni pasti semua tahu sebab makanannya semua enak-enak,
paling best masakan kampung kat sini boleh buat semua kecur air liur. Bau dia
pun dh cukup memikat kalbu, kalau makan confirm nak tambah-tambah. Ditambahkan
keindahan yang terdapat di restoran itu cukup tenang walaupun ramai pelanggan.
Mereka bertiga mengatur langkah memasuki restoran tersebut, cepat si Hanom
pilih tempat takut sangat tempat duduk full. Dah dapat tempat duduk mesti la nak order.
“Yang terjenguk-jenguk tu kenapa Dira oi. Kau ada ajak orang lain ke?”soal Kak
Tyra bila melihat adiknya terjenguk-jenguk macam cari seseorang. Dira hanya
tersengih sumbing.
Ha, Pak Mail mai la
sini sat. Dira nak order ni Pak Mail.” Akhirnya orang yang dinanti muncul jua
seorang lelaki yang agak berumur sambil tersengih.
“Owh hang rupanya Dira. Hang
mai habaq kat pak cik hang nak order apa?” soal Pak Mail yang merupakan pemilik
Restoran Hijauan Rimba.
Pak Mail juga dulu pernah berkerja dengan Tan Sri
Idham, datuk kepada Adira. Tan Sri Idham yang memberi cadangan kepada Pak Mail
dengan isterinya untuk membuka restoran kerana air tangan masakan isteri Pak Mail
memang sedap. Lagipun rugi kalau ada peluang tak ambil jadi Pak Mail akhirnya
berhenti menjadi pemandu peribadi Tan Sri Idham dan buka restoran ni atas
saranan datuknya Adira.
“Eh Tyra dengan Hanom pun ada. Maaflah tadi pak cik tak
perasan hagpa berdua pun ada dengan si Dira ni. Hangpa nak makan apa?” soal Pak
Mail.
“Ala pak Mail macam tak besa pulak. Dira nak masakan yang macam selalu
Dira order tapi hari ni Pak Mail tambahkan ikan terubuk bakar.
Tadi Dira tengok
ada ikan terubuk. Boleh Pak Mail?” Dira kalau bab makan nombor satu.
Kalau datang restoran ni mesti dia order tom
yam campur, kailan ikan masin, sambal belacan, kangkung goreng belacan, telur
dadar dengan air sirap limau. Mau tak terangkat kalau makan. Ishhh punya la
banyak dia makan.
“Owh kalau hang Dira, Pak Mail dah tau hang suka order benda yang sama. Ni Pak Mail tanya kakak hang dengan Hanom.” Amik kau Dira sekali kena daa dengan Pak Mail.
“Owh kalau hang Dira, Pak Mail dah tau hang suka order benda yang sama. Ni Pak Mail tanya kakak hang dengan Hanom.” Amik kau Dira sekali kena daa dengan Pak Mail.
“Pak Mail buat je lauk tu untuk dua orang makan, air
tu pun buat je sejenis, tak la menyusahkan Pak Mail nanti.” Tyra bersuara dan
tersenyum pada Pak Mail.
“Aish takde yang susah la Tyra oii. Pak Mail lagi suka
kalau hangpa selalu mai datang makan kat sini. Ok la Pak Mail nak suruh mak cik
Nab hagpa masak untuk hagpa. Hagpa tunggu sat noh.” Pak Mail berlalu ke kaunter
dapur. Kelihatan Mak Cik Nab angguk dan tersenyum.
Dira melihat ada seorang
budak waiter bawa sejag air dari kaunter air.
“Perhhh siapa la yang nak minum
sejag tu, mau kembung perut minum air je.” Dira dengan Hanom gelak tapi masih
gelak cover. Takut nanti ada yang terguris hati pulak.
Aish kau ni Dira, suka
hati la diorang nak minum sejag ke apa. Dah jangan sibuk Dira.” Marah Kak Tyra.
Tiba-tiba budak tadi tu meghampiri mereka. Eh asal budak ni letak air ni atas
meja ni.
Alamak wat malu je, sedap punya kutuk rupa-rupanya meja ini punya air
daa.
Mak aii sejag air sirap limau diletakkan atas meja.
Mak aii sejag air sirap limau diletakkan atas meja.
“Ha padan muka kau
Dira, kutuk orang, rupa-rupanya kena batang hidung sendiri.” Kini giliran kak
Tyra pula gelak. Dira pula memuncungkan mulutnya tanda protes dengan kakaknya.
“Ha awat ni Dira hang dok muncung mulut tu.” Mak cik Nab yang sedang bawa
dulang lauk tersenyum melihat anak bekas majikan suaminya dulu.
“Eh Mak cik
Nab, suka betul buat Dira terkejut ye. Meh sini Dira tolong hidang.” Cewah anak
dara sorang ni nak cover la tu.
“La takpe la Dira oi biar la Mak cik yang
hidang, hang duduk ja, ari ni mak cik belanja hangpa makan sebab mak cik
seronok sangat.
"Amboi Mak cik Nab seronok sebab nak dapat menantu ke?” Dira
dah mula la menyakat.
“Aish budak ni nak dapt menatu apanya kan anak Mak Cik Nab
semua dah kawin. Hang lupa ke Dira oii.” Ditamparnya lengan anak dara sorang
tu.
“hihihi ala Mak Cik Nab ni macam tak biasa pula yang Dira ni suka bergurau.
Orang kata nak manja-manja la. Hihihihi.” Ada je yang nak dijawab si Dira ni.
“Dah-dah ni lauk semua dah hidang ni. Hangpa semua cepat makan, nanti kang
hangpa lambat balik nanti bos hangpa marah.” Suruh Mak cik Nab, nak elak
daripada diusik dengan si Dira tu.
“Eh mak cik Nab jangan risau bos kita orang
tak kan marah punya.” Jawab Hanom sambil tangan tu capai mangkuk untuk tom
yamnya. Mak cik Nab pelik.
“Eh ada ke bos macam tu Hanom? Setahu mak cik kalau
lambat masuk semua bos marah. Baik sungguh noh bos hangpa tak marah.” Si Dira
pula dah tersengih-sengih bila orang dah puji melambung.
“Hang ni awat Dira
tersengih-sengih?” soal Mak cik Nab yang melihat Dira tersengih-sengih macam
duk angau.
“La kan tadi mak cik puji Dira baik. Tu yang Dira duk sengih
memanjang ni.” Jawab Dira.
“Mana ada mak cik puji hang, mak cik puji bos hang
yang baik la Dira oii. Ish budak ni.” Nampak sangat la Mak cik Nab lupa yang
bos kat pejabat tu si Dira ni.
Tyra yang tak tahan tengok Mak Cik Nab dimainkan
oleh Dira lalu, “Mak Cik Nab tak kan tak tahu bos yang mak cik Nab puji baik
tu, si Dira la, kan syarikat tu diterajui Dira. Jadi memang bos tak marah la
sebab bos yang lambat masuk.”
“Owh la mak cik lupa pulak si Dira ni bos. Owh hang saja noh kenakan mak cik ni ye Dira. Dah la hangpa makan la. Mak cik nak
kena buat kerja lagi ni. Hangpa balik terus pejabat, jangan gatai nak pi bayaq.”
Nampaknya Mak Cik Nab dah bagi amaran kat depa bertiga.
‘Aish baru ingat nak pi
bayar senyap-senyap. Dah kantoi.... hihihi lega tak payah aku belanja diorang
makan sebab free. I love u la Mak Cik Nab.’ Suka gila si Dira bila dia tak
payah bayar, selamat la duit dia.
“Ha Dira kau jangan nak sengih-sengih, kau
ingat duit kau selamat, tak kira jap lagi kau kena belanja akak gi shopping
novel banyak-banyak.” Nampaknya Kak Tyra pun mastermind la macam Mak Cik Nab.
Bukan Tyra tak tahu perangai Dira yang kedekut sikit tu. Sikit ke kedekutnya
bukan ke banyak ke?
Yela budak ni semua dapat tajaan. Kereta, rumah dah
sah-sahlah atuk dah bagi, handphone tu aku ingat aku la yang belikan, gara-gara
dulu budak ni mintak hadiah birthday.
Kalau handphone biasa-biasa takpe tapi
sekali budak ni mintak iPhone 4s yang dia mintak. Mau tak kopak, legalah suami
aku tak kisah. Adik ipar kesayangan suami aku tu si Dira ni.
“Ha akak jauhnya
mengelamun. Agak-agak la nak mengelamun pun, Abang Is tu ada je nanti balik kat
rumah. Dah la kak jom kita balik. Cik Bos pun dah nak balik sebab seronok tak
payah belanja. Hihihihihi”
'Aaah budak bertuah sorang ni lega kau adik aku kalau tak, mau aku sekeh-sekeh kepala kau tu Dira.'
'Aaah budak bertuah sorang ni lega kau adik aku kalau tak, mau aku sekeh-sekeh kepala kau tu Dira.'
“Pak Mail kita orang dah nak gerak
balik pejabat ni, berapa ye semua tu. Tak sedap la pulak kalau dah makan tak
bayar ni.” Cewah kononnya la tu Dira ni, siap pegang dah purse nak kuar duit.
“Ala Dira kan Mak Cik Nab kamu dah cakap tak payah bayar. Kami hari ni belanja
kamu. Kira kamu langkah kaki kanan la hari ni.” Balas Pak Mail.
“Kalau macam tu
Pak Mail terima kasih la kerana sudi belanja kami bertiga makan. Kami semua
gerak dulu la ye Pak Mail.” Dira tersenyum pada Pak Mail.
“Akak nak Dira hantarkan akak dekat butik
akak terus atau akak nak singgah pejabat Dira?” soal Dira pada kakaknya sebelum
masuk ke kereta.
“Aish mesti la akak kena pergi pejabat kamu dulu, kan akak
tinggalkan kereta akak dekat sana.” Balas kakaknya. “Owh kalau macam tu bagus
la jimat minyak kereta Dira ni.”
Lega hati sebab dapat jimat lagi. “Hanom
kenapa senyap je lepas makan tadi?.” Soal Dira kepada Hanom, sejak makan tadi
sampai sekarang senyap je. Tadi bukan main meriah mulut tu.
“Errrr...takde pape
la. Mungkin sebab dah kenyang sangat kot. Tu yang saya senyap tu Dira.” Saja
nak tutup gelisahnya dari tadi. Kerana mungkin hanya perasaannya saja. Mungkin
orang tu saja kot usha majikan aku ni. Tapi kenapa pandangan orang tu dekat
Dira macam semacam je ye.
Ye dia ingat la kejadian dekat restoran tadi. Waktu
tu dia duduk sebelah Dira jadi dia memang perasan laki tu pandang Dira, bila
dia perasan laki tu pandang Dira, terus laki tu toleh ke arah lain.
Mintak-mintak laki tu bukan orang jahat. Tau la bos aku ni cantik cun melecun
tapi jangan la tenung macam nak telan je.
Lega la bos aku ni selamba badak tak
perasan kalau tak confirm bos aku nak cabut balik, sebab dia bab orang tenung
lama-lama ni tak boleh nanti macam-macam dia ingat.
“Hanom...Hanom awak ni dah
tak nak turun ke?” soal Dira yang nak kuar kereta. Aiii tak kan dah berjangkit
kot penyakit berangan aku kat dia ni. Ish dia ni.
“Nur Hanom binti
Bahariiii....” jerit Dira agak kuat untuk menyedarkan Hanom yang masih
mengelamun.
“Eh eh... kita dah sampai pejabat ke Dira? Eh Kak Tyra mana?”
soal Hanom terpinga-pinga bila nama penuhnya dipanggil dengan suara yang agak
lantang.
“Ya allah, Hanom kita dah sampai dah la. Kak Tyra pun dah gi balik
butik naik kereta dia. Awak ni ok ke tak Hanom, kalau tak ok, jom saya hantar
awak balik umah awak.” Balas Dira yang melihat Hanom yang terpinga-pinga.
“eh tak
la Dira, saya ok je ni.” Jawab Hanom, dia tak nak menyusahkan sesiapa lagi-lagi
bosnya si Dira ni. Lagipun dia tahu Dira jap lagi ada kerja lain nak buat.
“Kalau awak ok, jomlah kita masuk pejabat. Nanti kang entah apa yang jadi dalam
pejabat tu nanti.” Akhirnya mereka berdua melangkah masuk ke bangunan Fantasia
Holding.
bab ni masih tidak diedit lagi... harap kesilapan yang ada, anda yang membaca sudi memberi teguran... atau korang ada idea yg baik utk bab ni amat2 dialu-alukan...
8 ulasan:
Best citer ni
Nanti sambong agy
thanks jiha.. insyallah addin masukan secepat mungkin
best best
cpt2 post n3 baru ye??
btw,so cute cursor mushroom ni..hehe
thanks ye...
insyallah secepat mnkin addin siapkan..
assalamualaikum..
bila hero nak muncul? tak sabo nak tunggu. wee
nak hero muncul kena tunggu la....hihihi
apa2 pun thanks ye ai cantik sbb sudi baca
berpinar mata sebab panjang.. hehe.. nice job.. teruskan berkarya.. =)
hihihi sori la yad'z sampai berpinar mata yad'z addin kerjakn..
terima kasih yad'z
teharu addin kerana ada yg suka cerita ni
Catat Ulasan