“Arghhhh...... aku dah lambat ni.” Dira
tergesa-gesa mengemas meja. Kerana dia baru teringat, yang dia sepatutnya
berjumpa Mr. Teoh kejap lagi, dekat Hardland County Club Resort. Mengagau tangan Dira mencari kunci
keretanya yang tak jumpa-jumpa lagi. Tak pasal-pasal dah kelam kabut jadinya. Last-lastnya kunci yang dicari, terletak
elok atas meja. Tepuk dahi la si Dira tu, malu sehh. Hihihihi legalah takde
orang dalam bilik ni, kalau tak, sorok bawah mejalah muka ni.
“Errr... Hanom.” Kelihatan Dira tergesa-gesa keluar dari bilik sambil mata asyik pandang
jam Rolex ditangan, nampak sangat kelam kabutnya. Dira ni paling tak suka
lambat kalau ada temujanji dengan client
ni. Sebab dia paling tak suka orang menunggunya, dan dia tak suka ditunggu.
“Ya
Cik Dira. Kenapa?” soal Hanom yang berdiri bila melihat bosnya sudah
menghampiri tempatnya.
‘Eh bos aku ni kenapa erk? Asal nampak tergesa-gesa ni’ Hanom
mula fikir adakah dia terlupa maklumkan apa-apa pada bosnya.
“La Hanom kenapa awak tercegat lagi kat
situ, sekarang kita sepatutnya dah jumpa Mr. Teoh, nanti bising pula Mr. Teoh
tu.” Dira hairan melihat Hanom yang masih tercegat macam orang baru kena pukau.
Ni
yang membuatkan Hanom lagi pelik. Setahu dia, pagi tadi bosnya si Dira tu dah
maklumkan dekat dia yang Mr. Teoh tak jadi jumpa sebab ada hal penting. Mahu si
Hanom jadi kusut kepala. Tangannya dah mula tergaru-garu pipi. Kening bukan
main lagi berkerutnya macam fikir benda yang rumit.
“Cik
Dira bukan ke pagi tadi Cik Dira cakap yang Mr. Teoh tak jadi nak jumpa sebab
dia ada hal. Lagipunkan Mr. Teoh kata nak jumpa minggu depan.” Hanom tak abis
garu kepala sampai sengat tudung yang dipakainya.
Giliran
Dira pula garu kepala. “Eh yeke
Hanom. Owh dah batal rupanya. Hihihi
Hanom, sorrylah jangan marah ye. Saya
terlupa lak Mr. Teoh dah batalkan.”
******************************************
‘Hai
Dira nampak sangat la kau ni suka sangat telan semut ni. Baru masuk 20an kau
dah nyanyuk tahap antarabangsa. Aku rasa tok abah, pun kuat lagi ingat dia’.
Dira bermonolog dalam hatinya.
Jap-jap,
Dira cakap umur dia baru masuk 20an, aah
nampak sangat la tipunya. Umur dah nak masuk 28 boleh nak kata muda. Lagi 2
tahun dah jadi 30 kau boleh kata muda Dira, patutlah takde laki yang melekat dekat kau. Ei muda apa kalau umur aku 28 belum 30 lagi pun. So aku muda lagi jangan nak jelous ok. Ish si Dira ni nak juga menang. Nah amik
aku bagi kau menang 1000 kali Dira oi. Sebab yang kau lawan tu kata hati kau
sendiri. Jadi takde yang rugi pun
kalau aku mengalah.’
‘Hahahaha.’
Dira ketawa kemenangan dalam hati. Kalau dia ketawa kuat-kuat sampai orang lain
dengar kang, tak pasal tok abah
hantar dia masuk Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan. Tergeleng-geleng si Dira,
bila banyangkan dirinya diikat dan diusung bawa masuk ke dalam ambulans, manakala
kakak dengan adiknya melambai tangan sambil tersenyum, manakala tok abah dah
jatuh pengsan sebab cucu kesayangannya gila. ‘Simpang malaikat 44 aku tak nak.’
Manakala
si Hanom dah pelik dengan bosnya yang masih tercegat berdiri di sebelah
mejanya, dah la tersengih-sengih macam kerang busuk, pastu boleh pulak
tergeleng-geleng kepala. Nak buang tabiat pun gi la buat dalam bilik tu. Ni kalau staf yang lain nampak mau diorang kata si Dira ni dah putus
fius.
Sebelum
ada yang nampak dan sebelum bos aku ni terbang lebih jauh baik aku tarik dia, kang dah terbang parah aku nak sedarkan.
“Bos oh bos. Apa yang bos duk berangan samapai tersengih-sengih.
Tak nak kongsi ke dengan saya?” soalan
Hanom telah membawa Dira kembali sedar daripada angan-angannya yang menjauh.
“Hihihihi takde pape
la Hanom. Err... Hanom saya ada
apa-apa appoiment lagi ke?” soal
Dira. Hanom hanya mengeleng , menandakan Dira dah takde benda yang dia nak kena buat. “Owh baguslah kalau macam tu. Kalau macam tu saya balik dulu lah
Hanom. Kalau saya duduk dalam bilik tu pun bukan boleh buat apa-apa. Hihihihi.” Dira dah mengatur dalam
fikirannya nak balik dan merayap. Seronok bukan main lagi Dira. Yela selalunya mesti lewat petang baru
boleh balik sebab tender masuk tak
pernah putus-putus. Murah rezeki betul Fantasia Holding ni.
Kadang
dia dengan staf pejabat kena stay
sampai malam sebab nak siapkan tender.
Dia sebenarnya tak suka nak buat kerja malam-malam ni. Yela sebab dia fikir
kebanyakkan staf dah berkhawin, jadi mestilah nak kena fikir makan pakai laki dengan bini diorang kat umah tu. Sedangkan dia yang tak ada teman istimewa
pun nak balik umah ni kan diorang.
Kadang-kadang hari minggu pun nak kena datang pejabat, sedap-sedap orang lain
diulit mimpi, diorang datang kerja.
Untung betul guard sebab ada yang temankan.
Untungnya
kerja sampai malam, sebab diorang tau
setiap bulan pasti diorang akan dapat bonus. Paling best kalau tender tu
syarikat Fantasia yang dapat, confirmlah
bertambah-tambah la rezeki bonus. Dira memang bos yang tak pernah lokek dengan
staf pejabat.
******************************************
Hanya
ekor mata Hanom mengikuti bosnya berlalu hingga bosnya itu masuk ke dalam perut
lif. Apa lagi sambung hadap Pc la.
Ada lagi satu surat nak kena taip sebab kena pastikan surat tu dah ada atas
meja bosnya sebelum pukul 9 pagi esok. Tengah khusyuk menaip, kedengaran handphone miliknya berdering “Ada mesej....Ada mesej... Cepatlah baca.” Ish siapalah yang mesej time aku tengah kerja ni. Ni nak kena
ceramah percuma dengan aku ni. Tertera pada skrin nama Big Boss. Tak jadi dia nak bagi ceramah percuma.
Big
Boss;
Hanom. Sy just nk ingtkn jgn blik
lmbt kang kena culik. Hihihi
“Aish
bos aku ni, mentang-mentanglah hari ni dia balik awal, bukan main lagi nak
sakat orang.” Jari-jarinya pantas menaip mesej untuk dibalas.
Ish Hanom ni kenapa tak balas mesej lagi ni.
Kredit dah habis ke? Soal Dira dalam hatinya. Sewaktu nak keluar dari perut
lif, tiba-tiba handphonenya menjerit
menandakan ada mesej masuk. Hihihi
tersengih-sengih Dira. Cepat-cepat dia nak buka mesej. Pelik, tertera nombor
yang tidak dikenali.
+60123456789;
Hai nak berkenalan dgn sy. Jom msj
di no ni +60144444444.
Cehh ingatkan Hanom tadi. Aish mana la orang ni dapat nombor aku. Selalu sangat dapat mesej
macam ni. Lalu jarinya memilih delete.
Kalau simpan confirm buat semak peti
masuk mesej aku je. Ish Hanom ni cepatlah balas, tak kan lah khuysuk sangat buat kerja.
Sekali lagi handphonenya menjerit
menandakan ada mesej masuk. Bila melihat skrin, tertera nama Hanom. Panjang
umur kau Hanom baru aku nak mengata. Hihihi.
Hanom;
Yela
Cik Dira. Dah jgn nk sakat org je.
Cepat g blik jgn
mryap
Tersengih-sengih Dira baca mesej. Orang lain
kalau tengok gaya Dira mesej ni, mesti diorang
ingat Dira mesej dengan buah hati dia.
Beberapa minit kemudian.... handphone Hanom kembali berbunyi lagi. Hurmm dah takde orang lain dah tu, mesti Cik Dira la ni.
Big Boss;
Hi3
tau2 je ye awk sy nk mryap.
Sy nk singgah bli novel dlu bru
Nnt
dh abis sy blik umah ok. Ok sy
nk drive. Dh g wat
kje tu.
Jgn
nk msj je kjenye.
Eh aku pulak yang kena marah. Dia yang mesej, nak
salahkan orang. Macam-macam la bos aku sorang ni. Kalau tak sakat orang mesti
dapat penyakit sawan. Aii mengutuk
bos nampak. Disimpannya handphone ke dalam
laci. Tak pasal-pasal orang lain ingat dia curi tulang.
******************************************
Sebut pasal novel ni, tiba-tiba dia teringat
dulu, time orang lain tengah kerja
dia tengok si Dira sempat-sempat curi baca novel. Siap selit novel tu dalam
fail agar orang lain tak perasan. Tapi satu hari kantoi dengan si Hanom ni, bila Hanom nak kemas fail-fail yang
berselerak atas meja Dira. Tengah elok-elok kemas, tiba-tiba ada sebuah buku
jatuh dari sebalik salah satu fail. Bila Hanom kutip, rupa-rupanya novel.
Patutlah satu hari suntuk dia tengok Dira menghadap fail tu sambil boleh
tersengih-sengih, pastu tengah best
sengih, dia tengok Dira kesat air mata macam menangis. Ish takkanlah menghadap fail tu pun nak nangis. Rupa-rupanya dia
baca novel. Apa la bos aku ni. Tapi rahsia tu hanya Hanom dengan Dira je tahu. Sampai 1 hari tu Dira panggil
Hanom masuk pejabat dia. Pastu Dira boleh hulurkan novel. Hanom tercengang
‘asal pulak bos hulurkan novel ni kat aku?.’
“Dah la Hanom tak payah buat muka blurr macam tu. Saya bagi awak pinjam
novel ni. Nah amik.” Dira tersengh-sengih.
“Eh
bos saya tak baca novel la bos.” Jawap Hanom. Dia memang tak suka nak baca buku
tebal-tebal ni.
“ Saya tak kira awak kena baca juga novel ni.
Yang saya nak tahu minggu depan awak datang masuk bilik ni dan nanti awak kena
ceritakan pasal cerita ni.” Tercengang Hanom bila Dira cakap macam tu.
‘Mampos
aku nak baca buku setebal ni dalam masa seminggu.’ Mau pitam si Hanom. Dira tersengih-sengih melihat muka Hanom yang
dah macam ayam berak kapur. Kesian kau Hanom kena buli dengan bos.
“Awak baca
je novel ni. Cerita novel ni best
mesti awak suka nak baca. Kalau awak tak baca, saya potong gaji awak.” Ugutan
Dira membuatkan Hanom macam nak je
dia terjun dari kerusi tu. Tak pernah ada bos dalam dunia ni nak potong gaji
pekerja hanya sebab pekerja tak nak baca novel.
Siapa kata takde
bos yang nak potong gaji perkerja hanya sebab tu. Yang depan kau ni bukan ke
dah pecah rekod tu.
‘ Apalah silap aku dapat bos yang pelik macam
ni. Ni mesti bos aku ada muslihat ni bagi aku baca novel ni.’ Keluar je dari bilik Dira, Hanom termenung
kejap membelek-belek novel yang ditangannya tu.
“ Andai itu Takdirnya. Asal la tajuk ni macam
sedih je. Ei dah la tebal. Bila la
aku boleh nak baca. Mana ada masa nak baca.” Hanom merungut seorang diri.
Manakala Dira pula dah melonjak kegembiraan sebab dapat mengenakan Hanom. Jahat
betul kau ni Dira, kalau Kak Tyra kau tahu kau buli perkerja mesti nahas kau kena.
Sepanjang minggu tu mood Hanom merundum, bukan
sebab kena paksa baca novel, tapi kesan daripada pembacaan tu yang membuatkan
Hanom stress. Yela dia paling tak
suka cerita-cerita sedih ni sebab nanti dia yang akan stress. Dah gaya macam orang putus cinta pun ada bila tengok muka
Hanom yang stress tu, kejap-kejap dia
mengeluh gara-gara watak dalam novel tu. Patutlah si Dira tu beria-ria suruh
dia baca.
“Dah la tu Hanom. Jauh kau mengelamun. Apa yang
kau ingatkan Hanom,” teguran Kak Izzah,yang merupakan pengurus kewangan syarikat
membuatkan Hanom tersedar daripada lamunan.
“Hihihi
sorry la Kak Izzah. Biasalah dah takde
kerja, tu saya buat kerja part time
kejap tu.” Hanom berseloroh.
“Ada-ada
je la kau punya part time bagai. Ni bos kau ada tak? Akak nak jumpa
dia, nak serahkan report kewangan
ni.” Kak Izzah menunjukkan fail yang dipegangnya.
“La kak, Cik Dira dia dah balik la.” Jawab
Hanom sambil memandang muka Kak Izzah.
“Awalnya hari ni dia balik Hanom. Takpelah, esok-esok la akak serahkan report ni. Oklah akak nak sambung kerja akak balik.” Hanom hanya memandang,
sebelum kembali menyambung kerja part
timenya itu.
******************************************
Berkaca-kaca mata si Dira macam kucing dalam cerita Pussy in Boots. Terujalah katakan
bila dah menghadap Kinokuniya Bookstore KLCC. Macam tak pernah masuk je bila tengok gaya Dira yang macam
terlampau teruja. Sedangkan dah beribu-ribu kali dah datang masuk. Nampak
sangat la tipunya masuk sampai beribu-ribu kali, kalau berpuluh-puluh kali tu
percayalah juga aku. Dalam kepala dah mencongak-congak apa yang nak dibelinya.
Bila masuk je,
dia ditegur oleh staf Kinokuniya “Eh
Cik Dira. Selamat datang.” Tegur seorang gadis bernama Lyna.
Dira memang cam
muka-muka staf yang berkerja dekat situ. “Hai
Lyna, ingat juga awak dekat saya ya.”
“Ish
mestilah saya kenal Cik Dira, Cik Dirakan selalu datang sini. Dah jadi
pelanggan tetap. Setiap minggu mesti Cik Dira datang, jadi mustahil la saya
boleh lupa Cik Dira.” Jawab Lyna dengan mesra. Hihihi patutlah diorang
ni cam aku, siap boleh bertegur mesra
dengan aku.
“Erm...
Cik Dira nak cari buku apa? Nak saya tolong carikan tak? Tengok gaya Cik Dira
macam banyak je nak cari.” Lyna ingin
menghulurkan bantuan, lagi-lagi bila dia melihat Dira memegang satu senarai
kecil yang ingin dibeli. Dira kalau pergi beli apa-apa pun mesti dia listkan dulu apa yang nak dibelinya agar
dia tak lupa. Sebab selalunya, kalau dia tak buat list mesti dia akan terlupa satu dua benda.
“Tak payah la Lyna, lagipun menyusahkan awak je. Lagipun saya nak tawaf kejap satu
kedai ni, baru adventure bila cari
sendiri. Hihihihi... okeylah awak sambung la kerja awak, biar
saya cari buku dulu. Nanti kalau saya nak minta pertolongan awak, saya
panggil.” Dira menolak huluran bantuan dengan cara bergurau. Lagipun dia memang
tak nak susahkan sesiapa.
Maka bermulalah pencarian Dira dalam mencari 10
buah novel seperti yang tertera dalam list.
Dalam list je 10 tapi bila bayar jap lagi mesti ada buku atau novel
tambahan. Ishh banyak betul dia beli.
Tapi dah hobi dia nak buat macam mana. Orang lain kadang-kadang hanya memerhati
je bila tengok tangan Dira penuh
dengan novel. Tapi Dira bukan nak ambil kisah apa yang orang lain fikirkan.
Setiap pandangan diorang hanya
dibalas dengan senyuman sebab bukan dia buat salah pun.
Ish manalah novel yang lagi 1 ni. Aku dah jumpa 9
dah. Kenapa payah pula nak cari lagi 1 novel ni. Hari tu aku datang aku tengok
elok je ada dekat rak ni. Rungut Dira
sorang-sorang bila novel yang dicari tak jumpa. Tiba-tiba mata Dira tertacap
pada sebuah novel yang dia cari iaitu SEBENARNYA
SAYA ISTERI DIA. Disebabkan excited
tahap gaban, dia terlanggar
seseorang. Habis beterabur novel-novel si Dira tu kat lantai. Semua mata yang
dekat situ memandang ke arah Dira. Mana taknya suasana yang sunyi tiba-tiba
dicemari dengan bunyi novel dia yang bertaburan dekat lantai. Cepat-cepat dia mengutip,
sambil dibantu oleh seseorang. Pasti orang yang dia langgar tadi. Habis je kutip, cepat-cepat dia minta maaf.
Muka habis tunduk tak nak tengok muka orang yang dia langgar tu. Lalu
cepat-cepat dia capai novel terakhir yang dia nak beli. Sebab sekarang dia nak
cepat-cepat keluar dari situ sebab malu. Ei
buat malu betul la aku ni, tak pasal-pasal kurang saham aku sikit. Sampai
di kaunter nak bayar, dia tidak sengaja telah tertolak bahu seseorang, legalah
tak jatuh. Lalu cepat-cepat Dira meletakkan novel-novelnya diatas kaunter
pembayaran. Dira perasan lelaki tu pun turut beratur.
“Errrr
encik, saya minta maaf saya tak sengaja.” Dira dah resah bila melihat lelaki
yang dilanggarnya itu masih lagi memegang bahu. ‘ish teruk sangat ke aku terlanggar sampai tangan dia tak
lepas-lepas pegang bahu tu.’ Risau dia hanya dalam hati. Nak tanya, takut pulak.
“Owh
takpe. Mungkin nasib saya yang kurang baik hari ni sebab dah 2 kali kena
langgar dalam kedai buku ni.” Lelaki tadi masih lagi tidak memandang Dira. Kali
ni lelaki tersebut kembali tercengang bila melihat Dira, kerana Dira juga
adalah orang yang melanggarnya tadi.
“Err
encik saya betul-betul minta maaf, saya ni kalut
sikit sebab nak cepat-cepat bayar sampai tak perasan encik yang nak bayar dulu.
Saya pun tadi dah langgar orang gara-gara nak capai novel. Kesian orang tu”
Dira teringat orang yang dia langgar
tadi. Tak sempat dia nak melihat muka orang yang dia langgar kat rak buku tadi.
“Owh
mungkin orang tu tak kisah punya sebab yang langgar dia tadi tu orang yang
semanis cik ni.” Lelaki tadi bersuara.
‘Ish laki ni boleh pula cakap macam tu.
Tak payah la nak puji-puji aku ni. Aku sememangnya cantik’ sempat pula si Dira
ni puji dirinya sendiri.
“Ish
takde maknanya encik. Kalau la saya jumpa orang yang tadi saya langgar tu
saya betul nak minta maaf, dah la saya lupa ucap terima kasih sebab dia dah
tolong kutipkan.” Balas Dira.
“Kalau macam tu awak boleh la ucapkan terima
kasih tu dekat saya.” Suruh lelaki tadi. ‘Apasal pula aku nak ucap terima kasih
kat dia.’ Dira jadi pelik.
“Kenapa saya kena ucapkan terima kasih dekat
encik?” soal Dira yang buntu. Lelaki tadi hanya tersengih.
“Takkan awak dah lupa, hari ni saya dah 2 kali
kena langgar.” Jawab lelaki tu sambil tersenyum dan menampakkan lesung
pipitnya.
“La
jadi apa kaitannya dengan saya langgar encik.” Dira pelik sekejap. Tiba-tiba
dia teringat. Apakah laki itu yang
dia langgar dia rak buku tadi. Terbuntang kejap Dira bila dia dah sedar. Lelaki
tadi sudah tersenyum. Dia pasti Dira sudah mengigatinya.
“Cik Dira nak buku yang cik Dira beli.”seorang
gadis yang menjaga kaunter menyerahkan beg plastik yang ada novel-novel Dira.
Dira mengalihkan pandangannya kearah gadis di kaunter sambil mengeluarkan duit
dari purse, lalu diberikan pada si
gadis tadi.
“Ok lah encik. Saya dah sudah bayar. Apa-apa
pun terima kasihlah sebab tadi encik dah tolong saya kutipkan novel-novel saya
yang jatuh tadi.” Dira menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda terima
kasih. Terus Dira berlalu pergi.
******************************************
“Woi
Aizril.” Seorang lelaki sudah menunggu Aizril di hadapan sebuah cafe di dalam
bangunan Suria KLCC. Kelihatan Aizril melangkah kearah temannya itu sambil
diperhatikan oleh gadis-gadis yang lalu lalang. Siapalah yang tak nak pandang kalau
ada laki hensem lalu atau lintas
depan mereka.
p/s: maaflah kalau sambungan yang ke-2 ni terlebih panjang..... harap anda semua sudi2lah komen agar saya
dapat memperbaiki kesilapan saya dalam SETULUS CINTAMU
dan berbanyak terima kasih kerana sudi datang menjenguk.... :)
bab ni masih tidak diedit lagi... harap kesilapan yang ada, anda yang membaca sudi memberi teguran... atau korang ada idea yg baik utk bab ni amat2 dialu-alukan...
7 ulasan:
lorh awat pendek nye...best3!!
cpt sambung..^_^
hahaha pendek ke?
mcm plik je bunyi nye tu hihihi
bab ni masih tidak diedit lagi... harap kesilapan anda yang membaca sudi tegur... atau korang ada idea yg baik utk bab 2 ni amat2 dialu-alukan
boss yang sempoi... not bad.. tp addin kene buat watak die tegas dan berkaliber... ceewahh... gud job dear..
ketegasan dan kalibernya bakal teserlah bila hero dtg....hihihi kne tunggu
ape mende ni?
ni novel la meuz
Catat Ulasan