ISBN
978-967-365-110-8
Sem. Malaysia RM17
Sabah/Sarawak RM20
“Sorry, bang!”
“Apa abang-abang? Saya
nak awak basuh kasut saya yang awak pijak ni! Esok petang saya nak kasut ni
kering!”
Entah kenapa hanya kerana
sepasang kasut Vans berwarna putih, Shafwan Zakuan mula melancarkan perang
dengan Aina Azzalea.
“Hei! Saya tak terima ni!
Baju tu dah jatuh, dah kotor. Basuh balik!”
Selalunya apa yang akan
terjadi apabila senior bertemu junior? Ya… Buli! Hanya kerana satu kesalahan,
memijak kasut putih Vans Shafwan, merebak pula ke kesalahan yang lain.
Bertubi-tubi denda yang dikenakan oleh Shafwan si pelajar tahun tiga. Azzalea
harus menurut perintah kerana dia masih di dalam minggu orientasi dan Shafwan
itu Ketua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di kolejnya.
“Kaki encik yang tendang,
jadi suruh kaki encik yang basuh balik baju-baju encik yang bau luluk ni!”
Dalam menurut perintah,
Azzalea melawan juga. Itu yang membuatkan Shafwan sengaja mahu menaikkan darah
Azzalea kerana dia geram pula apabila Azzalea boleh menjawab dan wajahnya
selamba. Bagi Azzalea, segala protesnya biar Cik Diari Hati sahaja yang tahu.
Hubungan mereka tidak
berakhir selepas tamat minggu orientasi. Bermula dengan nota misteri,
gaduh-gaduh manja antara mereka, semakin parah dan berantakan pula jadinya.
Semua itu angkara Ferdi. Ferdi tidak mahu hubungan mereka tamat di situ sahaja.
Sebelum apa-apa terjadi, dia mahu melunaskan satu misi. Lalu, rancangan mula
diatur.
Bila bunga-bunga bahagia
kelihatan, ada pula yang tidak senang. Rihana mengatur rancangannya pula, untuk
memisahkan mereka berdua. Bila kecewa menguasai Azzalea, dia terlupa diari
kesayangannya tercicir di laman. Semua rahsia hati sudah terjawab kini. Diari
itu sudah tidak boleh dipanggil diari lagi. Si pembaca tersenyum dan cuba
menawan kembali hati si pemilik diari. Mungkinkah episod cinta bermula? Atau
yang belum mula akan berakhir? Cik Diari Hati ada jawapan...
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan