a. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke
atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.
b. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan
di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke
bahagian dahi.
c. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam
sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah
anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
d. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum
mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3
kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
e. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh
menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
f. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi
untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
g. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3
teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
h. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar
dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki
di atas rumput yang masih berembun.
i. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik
iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga
kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan
diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong
atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
j. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di
kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa
diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
k. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.
Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
untuk ketahui banyak lagi boleh la ke e.petua.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan