sori ye korang semua yang VAMPIRE LOVE yang mula2 addin masukkan tu cuma sinopsis cerita untuk VAMPIRE LOVE ni... ok ni Addin masukkan bab by bab pulak
Avenue City
Collage,
Suasana yang cukup
meriah, gelak tawa yang dipenuhi dalam dewan kuliah. “kringgggg.....” bunyi
lonceng tanda tamat kelas dan dinantikan semua. Kertas berterbangan, tanda
kegembiraan mereka kerana bakal bermula cuti musim panas. Pasti pelbagai
aktviti akan dilakukan mereka dalam cuti yang panjang. Cullen tersenyum
memerhati rakan-rakannya yang sedang sibuk meraikan cuti yang bakal bermula.
Cullen mula mengemas barang-barangnya. Sedang sibuk mengemas, Ben teman baik
Cullen menyapa, “Hei Cullen, kau join tak perkhemahan musim panas kolej?”.
Cullen Cuma tersenyum. “kau ni Ben, dah
sah-sah perkhemahanan ni aku yang bagi idea, mesti la aku ikut.” Terus Cullen
meniggalkan Ben.
Ruang legar
kolej yang riuh, tiba-tiba menjadi senyap. Yang pasti Cullen menjadi perhatian
student perempuan. Senyuman yang cukup indah terukir dibibir pemilik yang pasti
mampu mencairkan mana-mana hati yang melihat. Langkah diatur ke lokernya untuk
menyimpan barang. Cullen hanya mampu tersenyum melihat gelagat-gelagat pelajar
perempuan yang memerhati. Sedang leka mengemas barang lokernya, Cullen
mendapati ada satu kad dalam lokernya terjatuh dan saat itu juga sebiji bola
keranjang bergolek di kaki Cullen. Cullen memandang dan mengambil bola tu. “Cullen
cepat baling bola tu.” Ben menyengih dari jauh. Terus Cullen membaling bola ke arah jaring dan balingan
tepat itu memasuki jaring. Kelihatan semua student bersorak. Cullen memang
pakar dalam basketball dan apa-apa saja. Disebabkan itu Cullen mnejadi kegilaan
semua pelajar perempuan. Kad ditangan disimpan dalam begnya. Setiap kali buka
loker pasti ada saja pemberian dari pelajar-pelajar perempuan yang admire
dirinya. Kadang-kadang mereka letak atas mejanya. Cullen anggap itu perkara
biasa.
Selesai je kemas
dan pastikan semua selesai. Cullen terus bergerak keluar, sampai je di keretanya, Jake menghampiri. “Hey Cullen...tunggu.”
niat Cullen untuk menghidupkan enjin terhenti. “Hey Jake... Kenapa Jake? Apa
yang aku boleh tolong?” soal Cullen. “ermm....hihihi aku just nak tanya aktiviti
perkhemahan tu boleh aku join tak?” Jake tersengih-sengih sambil mengaru
kepala. Cullen Cuma tersenyum. “boleh saja kau join. Lagipun nama kau aku dah
letak. Nak tunggu kau mesti lambat.” Cullen sememangnya tahu sikap lupa Jake,
lagipun Jake sibuk dengan perlawanan bola sepak. “Betul ke Cullen aku boleh
join? Thanks a lot Cullen.” Jake menjerit keriangan, kerana keinginannya untuk
sertai tertunai.
Cullen hanya
memerhati dan terus menghidukan enjin keretanya. Dia ingin cepat-cepat sampai ke
rumah, kerana banyak benda ingin disiapkan untuk perkhemahan esok. Sampai di
rumah Cullen melihat mama dan papanya sedang bersantai di taman bunga
bersebelahan dengan tempat parking rumahnya. “Cullen macam mana kelas hari ini?”
macam biasa pasti mamanya akan menyoal aktivitinya, itulah rutin yang tidak
pernah mamanya lupakan. “macam biasa, lagipun esok dah mula cuti musim panas ma”
Cullen merapati mamanya dan mencium pipi mamanya. Cullen duduk dikerusi sebelah
mamanya, “Pa, awal nya papa balik? Tak kerja ke hari ni papa?” soal Cullen pada
papanya. “Papa balik awal sebab nak luangkan masa dengan mama kamu. Papa balik
awal pun kena soal juga.” Jawab papanya selamba. Mamanya sentiasa terhibur
dengan keakraban Cullen dengan suaminya. Senyuman Cullen diwarisi oleh papanya.
“Ok papa. Ok lah
mama, Cullen masuk rumah dulu, nak kemas barang untuk perkhemahan minggu ni.” Cullen
meminta diri. “Cullen jangan lupa nanti bawa teman wanita balik dari
perkhemahan tu nanti.” gurau papa Cullen. Cullen hanya mampu mengeleng. Dia
tidak pernah terfikir untuk mempunyai teman wanita. Walaupun ramai yang
meminatinya, itu tidak bermakna dia boleh bercinta dengan siapa saj. Dia juga
bukan seorang yang memilih. Dia bukan seperti manusia biasa diluar sana. Rahsia
yang tiada siapa pernah tahu. Sampai dibilik, perkara pertama yang bakal Cullen
buat adalah untuk berbaring di atas katil untuk menghilangkan penatnya. “arghhhh....penatnya”
dapat dirasakan kepenatan sepanjang harinya. Rasa ngantuk mula datang, sehingga
Cullen terlelap.
Tiba-tiba Cullen
sampai di sebuah taman yang cukup indah. Kelihatan seorang gadis tidur diatas
buaian, membuatkan Cullen tertarik untuk mendekati gadis tersebut. Cullen akhir
betul-betul berdiri di hadapan gadis tersebut. Tiba-tiba gadis tu terjaga dari
tidur, membuatkan Cullen terkaku. Pandangan mereka bertembung. Gadis itu
tiba-tiba menjauhi Cullen dan terus hilang dari pandangan. Cullen ingin menyapa
tapi tidak sempat. Sungguh dia ingin berkenalan dengan gadis itu, tapi apakan
daya gadis tu hilang. “adoiiii.....” tiba-tiba Cullen mengadu kesakitan,
keadaan sekitar mula gelap dan membuatkan Cullen tersedar. Rupa-rupanya dia
bermimpi. Setiap kali tidur pasti dia akan mimpikan gadis tu. Pandangan itu tak
pernah hilang dari ingatannya.