Sabtu, 4 Ogos 2012

sambungan,......

sambungan mestilah berkaitan 
dengan 3 cerita yang addin tidak sempat habiskan
-CITER PENULIS
-VAMPIRE LOVE
SETULUS CINTAMU

idea alhamdulillah ada
tapi masa untuk addin memberi tumpuan untuk
ini tidak berkesempatan kerana masih tiada kelapangan
waktu ditambahkan sepanjang minggu ni 
diri addin dilanda gastrik.

insyallah jika diizikan Allah SWT
addin akan cuba untuk mengupdatekan
3 cerita tadi.

addin menyusun 10 jari memohon maaf
jika ada yang menunggu sambungan cerita

Selasa, 17 Julai 2012

topik???

assalamualaikum blog...
dah lme xdtg update blog
bkn setakat blog yg x update tp twitter dgn fb pun sme
sume laman addin sepi sementara waktu
disebabkan dalam proses mencari idea..

itu sje topik addin hari ni..
thanks sume buat yang sudi membuka laman addin ni

Isnin, 21 Mei 2012

SETULUS CINTAMU 2

Arghhhh...... aku dah lambat ni.” Dira tergesa-gesa mengemas meja. Kerana dia baru teringat, yang dia sepatutnya berjumpa Mr. Teoh kejap lagi, dekat Hardland County Club Resort. Mengagau tangan Dira mencari kunci keretanya yang tak jumpa-jumpa lagi. Tak pasal-pasal dah kelam kabut jadinya. Last-lastnya kunci yang dicari, terletak elok atas meja. Tepuk dahi la si Dira tu, malu sehh. Hihihihi legalah takde orang dalam bilik ni, kalau tak, sorok bawah mejalah muka ni.
Errr... Hanom.” Kelihatan Dira tergesa-gesa  keluar dari bilik sambil mata asyik pandang jam Rolex ditangan, nampak sangat kelam kabutnya. Dira ni paling tak suka lambat kalau ada temujanji dengan client ni. Sebab dia paling tak suka orang menunggunya, dan dia tak suka ditunggu.
“Ya Cik Dira. Kenapa?” soal Hanom yang berdiri bila melihat bosnya sudah menghampiri tempatnya.
Eh bos aku ni kenapa erk? Asal nampak tergesa-gesa ni’ Hanom mula fikir adakah dia terlupa maklumkan apa-apa pada bosnya.
La Hanom kenapa awak tercegat lagi kat situ, sekarang kita sepatutnya dah jumpa Mr. Teoh, nanti bising pula Mr. Teoh tu.” Dira hairan melihat Hanom yang masih tercegat macam orang baru kena pukau.
Ni yang membuatkan Hanom lagi pelik. Setahu dia, pagi tadi bosnya si Dira tu dah maklumkan dekat dia yang Mr. Teoh tak jadi jumpa sebab ada hal penting. Mahu si Hanom jadi kusut kepala. Tangannya dah mula tergaru-garu pipi. Kening bukan main lagi berkerutnya macam fikir benda yang rumit.
“Cik Dira bukan ke pagi tadi Cik Dira cakap yang Mr. Teoh tak jadi nak jumpa sebab dia ada hal. Lagipunkan Mr. Teoh kata nak jumpa minggu depan.” Hanom tak abis garu kepala sampai sengat tudung yang dipakainya.
Giliran Dira pula garu kepala. “Eh yeke Hanom. Owh dah batal rupanya. Hihihi Hanom, sorrylah jangan marah ye. Saya terlupa lak Mr. Teoh dah batalkan.”

                                    ******************************************

‘Hai Dira nampak sangat la kau ni suka sangat telan semut ni. Baru masuk 20an kau dah nyanyuk tahap antarabangsa. Aku rasa tok abah, pun kuat lagi ingat dia’. Dira bermonolog dalam hatinya.
Jap-jap, Dira cakap umur dia baru masuk 20an, aah nampak sangat la tipunya. Umur dah nak masuk 28 boleh nak kata muda. Lagi 2 tahun dah jadi 30 kau boleh kata muda Dira, patutlah takde laki yang melekat dekat kau. Ei muda apa kalau umur aku 28 belum 30 lagi pun. So aku muda lagi jangan nak jelous ok. Ish si Dira ni nak juga menang. Nah amik aku bagi kau menang 1000 kali Dira oi. Sebab yang kau lawan tu kata hati kau sendiri. Jadi takde yang rugi pun kalau aku mengalah.’ 
‘Hahahaha.’ Dira ketawa kemenangan dalam hati. Kalau dia ketawa kuat-kuat sampai orang lain dengar kang, tak pasal tok abah hantar dia masuk Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan. Tergeleng-geleng si Dira, bila banyangkan dirinya diikat dan diusung bawa masuk ke dalam ambulans, manakala kakak dengan adiknya melambai tangan sambil tersenyum, manakala tok abah dah jatuh pengsan sebab cucu kesayangannya gila. ‘Simpang malaikat 44 aku tak nak.’
Manakala si Hanom dah pelik dengan bosnya yang masih tercegat berdiri di sebelah mejanya, dah la tersengih-sengih macam kerang busuk, pastu boleh pulak tergeleng-geleng kepala. Nak buang tabiat pun gi la buat dalam bilik tu. Ni kalau staf yang lain nampak mau diorang kata si Dira ni dah putus fius.

Sebelum ada yang nampak dan sebelum bos aku ni terbang lebih jauh baik aku tarik dia, kang dah terbang parah aku nak sedarkan. “Bos oh bos. Apa yang bos duk berangan samapai tersengih-sengih. Tak  nak kongsi ke dengan saya?” soalan Hanom telah membawa Dira kembali sedar daripada angan-angannya yang menjauh.
“Hihihihi takde pape la Hanom. Err... Hanom saya ada apa-apa appoiment lagi ke?” soal Dira. Hanom hanya mengeleng , menandakan Dira dah takde benda yang dia nak kena buat. “Owh baguslah kalau macam tu. Kalau macam tu saya balik dulu lah Hanom. Kalau saya duduk dalam bilik tu pun bukan boleh buat apa-apa. Hihihihi.” Dira dah mengatur dalam fikirannya nak balik dan merayap. Seronok bukan main lagi Dira. Yela selalunya mesti lewat petang baru boleh balik sebab tender masuk tak pernah putus-putus. Murah rezeki betul Fantasia Holding ni.
Kadang dia dengan staf pejabat kena stay sampai malam sebab nak siapkan tender. Dia sebenarnya tak suka nak buat kerja malam-malam ni. Yela sebab dia fikir kebanyakkan staf dah berkhawin, jadi mestilah nak kena fikir makan pakai laki dengan bini diorang kat umah tu. Sedangkan dia yang tak ada teman istimewa pun nak balik umah ni kan diorang. Kadang-kadang hari minggu pun nak kena datang pejabat, sedap-sedap orang lain diulit mimpi, diorang datang kerja. Untung betul guard sebab ada yang temankan.
Untungnya kerja sampai malam, sebab diorang tau setiap bulan pasti diorang akan dapat bonus. Paling best kalau tender tu syarikat Fantasia yang dapat, confirmlah bertambah-tambah la rezeki bonus. Dira memang bos yang tak pernah lokek dengan staf pejabat.

Hanya ekor mata Hanom mengikuti bosnya berlalu hingga bosnya itu masuk ke dalam perut lif. Apa lagi sambung hadap Pc la. Ada lagi satu surat nak kena taip sebab kena pastikan surat tu dah ada atas meja bosnya sebelum pukul 9 pagi esok. Tengah khusyuk menaip, kedengaran  handphone  miliknya berdering “Ada mesej....Ada mesej... Cepatlah baca.” Ish siapalah yang mesej time aku tengah kerja ni. Ni nak kena ceramah percuma dengan aku ni. Tertera pada skrin nama Big Boss. Tak jadi dia nak bagi ceramah percuma.
            Big Boss;
Hanom. Sy just nk ingtkn jgn blik
lmbt kang kena culik. Hihihi
Aish bos aku ni, mentang-mentanglah hari ni dia balik awal, bukan main lagi nak sakat orang.” Jari-jarinya pantas menaip mesej untuk dibalas.
Ish Hanom ni kenapa tak balas mesej lagi ni. Kredit dah habis ke? Soal Dira dalam hatinya. Sewaktu nak keluar dari perut lif, tiba-tiba handphonenya menjerit menandakan ada mesej masuk. Hihihi tersengih-sengih Dira. Cepat-cepat dia nak buka mesej. Pelik, tertera nombor yang tidak dikenali.
+60123456789;
Hai nak berkenalan dgn sy. Jom msj
di no ni +60144444444.
Cehh ingatkan Hanom tadi. Aish mana la orang ni dapat nombor aku. Selalu sangat dapat mesej macam ni. Lalu jarinya memilih delete. Kalau simpan confirm buat semak peti masuk mesej aku je. Ish Hanom ni cepatlah balas, tak kan lah khuysuk sangat buat kerja. Sekali lagi handphonenya menjerit menandakan ada mesej masuk. Bila melihat skrin, tertera nama Hanom. Panjang umur kau Hanom baru aku nak mengata. Hihihi.
            Hanom;
       Yela Cik Dira. Dah jgn nk sakat org je.
 Cepat g blik jgn mryap
Tersengih-sengih Dira baca mesej. Orang lain kalau tengok gaya Dira mesej ni, mesti diorang  ingat Dira mesej dengan buah hati dia.
Beberapa minit kemudian.... handphone Hanom kembali berbunyi lagi. Hurmm dah takde orang lain dah tu, mesti Cik Dira la ni.
            Big Boss;
       Hi3 tau2 je ye awk sy nk mryap.
Sy nk singgah bli novel dlu bru
       Nnt dh abis sy blik umah ok. Ok sy
 nk drive. Dh g wat kje tu.
       Jgn nk msj je kjenye.
Eh aku pulak yang kena marah. Dia yang mesej, nak salahkan orang. Macam-macam la bos aku sorang ni. Kalau tak sakat orang mesti dapat penyakit sawan. Aii mengutuk bos nampak. Disimpannya handphone ke dalam laci. Tak pasal-pasal orang lain ingat dia curi tulang.

Sebut pasal novel ni, tiba-tiba dia teringat dulu, time orang lain tengah kerja dia tengok si Dira sempat-sempat curi baca novel. Siap selit novel tu dalam fail agar orang lain tak perasan. Tapi satu hari kantoi dengan si Hanom ni, bila Hanom nak kemas fail-fail yang berselerak atas meja Dira. Tengah elok-elok kemas, tiba-tiba ada sebuah buku jatuh dari sebalik salah satu fail. Bila Hanom kutip, rupa-rupanya novel. Patutlah satu hari suntuk dia tengok Dira menghadap fail tu sambil boleh tersengih-sengih, pastu tengah best sengih, dia tengok Dira kesat air mata macam menangis. Ish takkanlah menghadap fail tu pun nak nangis. Rupa-rupanya dia baca novel. Apa la bos aku ni. Tapi rahsia tu hanya Hanom dengan Dira je tahu. Sampai 1 hari tu Dira panggil Hanom masuk pejabat dia. Pastu Dira boleh hulurkan novel. Hanom tercengang ‘asal pulak bos hulurkan novel ni kat aku?.’
“Dah la Hanom tak payah buat muka blurr macam tu. Saya bagi awak pinjam novel ni. Nah amik.” Dira tersengh-sengih.
Eh bos saya tak baca novel la bos.” Jawap Hanom. Dia memang tak suka nak baca buku tebal-tebal ni.
“ Saya tak kira awak kena baca juga novel ni. Yang saya nak tahu minggu depan awak datang masuk bilik ni dan nanti awak kena ceritakan pasal cerita ni.” Tercengang Hanom bila Dira cakap macam tu.
Mampos aku nak baca buku setebal ni dalam masa seminggu.’ Mau pitam si Hanom. Dira tersengih-sengih melihat muka Hanom yang dah macam ayam berak kapur. Kesian kau Hanom kena buli dengan bos.
“Awak baca je novel ni. Cerita novel ni best mesti awak suka nak baca. Kalau awak tak baca, saya potong gaji awak.” Ugutan Dira membuatkan Hanom macam nak je dia terjun dari kerusi tu. Tak pernah ada bos dalam dunia ni nak potong gaji pekerja hanya sebab pekerja tak nak baca novel.
Siapa kata takde bos yang nak potong gaji perkerja hanya sebab tu. Yang depan kau ni bukan ke dah pecah rekod tu.
‘ Apalah silap aku dapat bos yang pelik macam ni. Ni mesti bos aku ada muslihat ni bagi aku baca novel ni.’ Keluar je dari bilik Dira, Hanom termenung kejap membelek-belek novel yang ditangannya tu.
“ Andai itu Takdirnya. Asal la tajuk ni macam sedih je. Ei dah la tebal. Bila la aku boleh nak baca. Mana ada masa nak baca.” Hanom merungut seorang diri. Manakala Dira pula dah melonjak kegembiraan sebab dapat mengenakan Hanom. Jahat betul kau ni Dira, kalau Kak Tyra kau tahu kau buli perkerja mesti nahas kau kena.
Sepanjang minggu tu mood Hanom merundum, bukan sebab kena paksa baca novel, tapi kesan daripada pembacaan tu yang membuatkan Hanom stress. Yela dia paling tak suka cerita-cerita sedih ni sebab nanti dia yang akan stress. Dah gaya macam orang putus cinta pun ada bila tengok muka Hanom yang stress tu, kejap-kejap dia mengeluh gara-gara watak dalam novel tu. Patutlah si Dira tu beria-ria suruh dia baca.
“Dah la tu Hanom. Jauh kau mengelamun. Apa yang kau ingatkan Hanom,” teguran Kak Izzah,yang merupakan pengurus kewangan syarikat membuatkan Hanom tersedar daripada lamunan.
Hihihi sorry la Kak Izzah. Biasalah dah takde kerja, tu saya buat kerja part time kejap tu.” Hanom berseloroh.
“Ada-ada je la kau punya part time bagai. Ni bos kau ada tak? Akak nak jumpa dia, nak serahkan report kewangan ni.” Kak Izzah menunjukkan fail yang dipegangnya.
“La kak, Cik Dira dia dah balik la.” Jawab Hanom sambil memandang muka Kak Izzah.
“Awalnya hari ni dia balik Hanom. Takpelah, esok-esok la akak serahkan report ni. Oklah akak nak sambung kerja akak balik.” Hanom hanya memandang, sebelum kembali menyambung kerja part timenya itu.

Berkaca-kaca mata si Dira macam kucing dalam cerita Pussy in Boots. Terujalah katakan bila dah menghadap Kinokuniya Bookstore KLCC. Macam tak pernah masuk je bila tengok gaya Dira yang macam terlampau teruja. Sedangkan dah beribu-ribu kali dah datang masuk. Nampak sangat la tipunya masuk sampai beribu-ribu kali, kalau berpuluh-puluh kali tu percayalah juga aku. Dalam kepala dah mencongak-congak apa yang nak dibelinya.
Bila masuk je, dia ditegur oleh staf Kinokuniya “Eh Cik Dira. Selamat datang.” Tegur seorang gadis bernama Lyna.
Dira memang cam muka-muka staf yang berkerja dekat situ. “Hai Lyna, ingat juga awak dekat saya ya.”
Ish mestilah saya kenal Cik Dira, Cik Dirakan selalu datang sini. Dah jadi pelanggan tetap. Setiap minggu mesti Cik Dira datang, jadi mustahil la saya boleh lupa Cik Dira.” Jawab Lyna dengan mesra. Hihihi patutlah diorang ni cam aku, siap boleh bertegur mesra dengan aku.
Erm... Cik Dira nak cari buku apa? Nak saya tolong carikan tak? Tengok gaya Cik Dira macam banyak je nak cari.” Lyna ingin menghulurkan bantuan, lagi-lagi bila dia melihat Dira memegang satu senarai kecil yang ingin dibeli. Dira kalau pergi beli apa-apa pun mesti dia listkan dulu apa yang nak dibelinya agar dia tak lupa. Sebab selalunya, kalau dia tak buat list mesti dia akan terlupa satu dua benda.
“Tak payah la Lyna, lagipun menyusahkan awak je. Lagipun saya nak tawaf kejap satu kedai ni, baru adventure bila cari sendiri. Hihihihi... okeylah awak sambung la kerja awak, biar saya cari buku dulu. Nanti kalau saya nak minta pertolongan awak, saya panggil.” Dira menolak huluran bantuan dengan cara bergurau. Lagipun dia memang tak nak susahkan sesiapa.
Maka bermulalah pencarian Dira dalam mencari 10 buah novel seperti yang tertera dalam list. Dalam list je 10 tapi bila bayar jap lagi mesti ada buku atau novel tambahan. Ishh banyak betul dia beli. Tapi dah hobi dia nak buat macam mana. Orang lain kadang-kadang hanya memerhati je bila tengok tangan Dira penuh dengan novel. Tapi Dira bukan nak ambil kisah apa yang orang lain fikirkan. Setiap pandangan diorang hanya dibalas dengan senyuman sebab bukan dia buat salah pun.
Ish manalah novel yang lagi 1 ni. Aku dah jumpa 9 dah. Kenapa payah pula nak cari lagi 1 novel ni. Hari tu aku datang aku tengok elok je ada dekat rak ni. Rungut Dira sorang-sorang bila novel yang dicari tak jumpa. Tiba-tiba mata Dira tertacap pada sebuah novel yang dia cari iaitu SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA. Disebabkan excited tahap gaban, dia terlanggar seseorang. Habis beterabur novel-novel si Dira tu kat lantai. Semua mata yang dekat situ memandang ke arah Dira. Mana taknya suasana yang sunyi tiba-tiba dicemari dengan bunyi novel dia yang bertaburan dekat lantai. Cepat-cepat dia mengutip, sambil dibantu oleh seseorang. Pasti orang yang dia langgar tadi. Habis je kutip, cepat-cepat dia minta maaf. Muka habis tunduk tak nak tengok muka orang yang dia langgar tu. Lalu cepat-cepat dia capai novel terakhir yang dia nak beli. Sebab sekarang dia nak cepat-cepat keluar dari situ sebab malu. Ei buat malu betul la aku ni, tak pasal-pasal kurang saham aku sikit. Sampai di kaunter nak bayar, dia tidak sengaja telah tertolak bahu seseorang, legalah tak jatuh. Lalu cepat-cepat Dira meletakkan novel-novelnya diatas kaunter pembayaran. Dira perasan lelaki tu pun turut beratur.
Errrr encik, saya minta maaf saya tak sengaja.” Dira dah resah bila melihat lelaki yang dilanggarnya itu masih lagi memegang bahu. ‘ish teruk sangat ke aku terlanggar sampai tangan dia tak lepas-lepas pegang bahu tu.’ Risau dia hanya dalam hati. Nak tanya, takut pulak.
Owh takpe. Mungkin nasib saya yang kurang baik hari ni sebab dah 2 kali kena langgar dalam kedai buku ni.” Lelaki tadi masih lagi tidak memandang Dira. Kali ni lelaki tersebut kembali tercengang bila melihat Dira, kerana Dira juga adalah orang yang melanggarnya tadi.
Err encik saya betul-betul minta maaf, saya ni kalut sikit sebab nak cepat-cepat bayar sampai tak perasan encik yang nak bayar dulu. Saya pun tadi dah langgar orang gara-gara nak capai novel. Kesian orang tu” Dira  teringat orang yang dia langgar tadi. Tak sempat dia nak melihat muka orang yang dia langgar kat rak buku tadi.
Owh mungkin orang tu tak kisah punya sebab yang langgar dia tadi tu orang yang semanis cik ni.” Lelaki tadi bersuara.
 ‘Ish laki ni boleh pula cakap macam tu. Tak payah la nak puji-puji aku ni. Aku sememangnya cantik’ sempat pula si Dira ni puji dirinya sendiri.
Ish takde maknanya encik. Kalau la saya jumpa orang yang tadi saya langgar tu saya betul nak minta maaf, dah la saya lupa ucap terima kasih sebab dia dah tolong kutipkan.” Balas Dira.
“Kalau macam tu awak boleh la ucapkan terima kasih tu dekat saya.” Suruh lelaki tadi. ‘Apasal pula aku nak ucap terima kasih kat dia.’ Dira jadi pelik.
“Kenapa saya kena ucapkan terima kasih dekat encik?” soal Dira yang buntu. Lelaki tadi hanya tersengih.
“Takkan awak dah lupa, hari ni saya dah 2 kali kena langgar.” Jawab lelaki tu sambil tersenyum dan menampakkan lesung pipitnya.
La jadi apa kaitannya dengan saya langgar encik.” Dira pelik sekejap. Tiba-tiba dia teringat. Apakah laki itu yang dia langgar dia rak buku tadi. Terbuntang kejap Dira bila dia dah sedar. Lelaki tadi sudah tersenyum. Dia pasti Dira sudah mengigatinya.
“Cik Dira nak buku yang cik Dira beli.”seorang gadis yang menjaga kaunter menyerahkan beg plastik yang ada novel-novel Dira. Dira mengalihkan pandangannya kearah gadis di kaunter sambil mengeluarkan duit dari purse, lalu diberikan pada si gadis tadi.
“Ok lah encik. Saya dah sudah bayar. Apa-apa pun terima kasihlah sebab tadi encik dah tolong saya kutipkan novel-novel saya yang jatuh tadi.” Dira menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda terima kasih. Terus Dira berlalu pergi.

Woi Aizril.” Seorang lelaki sudah menunggu Aizril di hadapan sebuah cafe di dalam bangunan Suria KLCC. Kelihatan Aizril melangkah kearah temannya itu sambil diperhatikan oleh gadis-gadis yang lalu lalang. Siapalah yang tak nak pandang kalau ada laki hensem lalu atau lintas depan mereka.

p/s: maaflah kalau sambungan yang ke-2 ni terlebih panjang..... harap anda semua sudi2lah komen agar saya            
      dapat memperbaiki kesilapan saya dalam SETULUS CINTAMU
      dan berbanyak terima kasih kerana sudi datang menjenguk....  :)

bab ni masih tidak diedit lagi... harap kesilapan yang ada, anda yang  membaca sudi memberi teguran... atau korang ada idea yg baik utk bab ni amat2 dialu-alukan...

Jumaat, 18 Mei 2012

SETULUS CINTAMU 1

“Cik Dira...Cik Dira...” seseorang yang berdiri berhadapan Adira memanggilnya. 
Ehmm...hmmm...Ya Hanom. Maaf apa ya tadi awak nak cakap?” Adira pura-pura pandang  skrin i-Pad sambil mengaru kepalanya yang dilitupi tudung untuk cover malu. 
Errrr Cik Dira okey ke tak ni? Saya masuk ni nak ajak Cik Dira pergi makan sekali, tak kan dah lupa kot.” soal Hanom yang merupakan setiausaha peribadinya. Jauh sangat si Adira tu berangan, kalau tak ditegur entah ke mana saja anganannya. Mana tak nya Hanom baru aje masuk nak ajak Adira keluar makan sebab sekarang lunch time, tapi lain pula yang dicakap si Adira tu . 
Owhhh saya okey aje. Sorrylah tadi fokus saya hilang kejap. Saya tengok awak cantik sangat sampai mengelamun. Hihihihihi.” Jawab Adira sahaja mengusik pembantunya itu. Si Hanom dah malu-malu, bukan dia tak tahu perangai ketuanya yang suka mengusik dan suka mengelamun. 
“Ada-ada ajelah Cik Dira ni nak mengusik saya ni. Saya yang pakai baju kurung biasa-biasa ni Cik Adira kata cantik.” Hanom merendah diri. 
“La betul la apa yang saya cakap, awak memang cantik, orang cantik pakai apa-apa pun tetap cantik Cik Hanom oii. Baju kurung tu membuatkan kita nampak sopan dan beradab, kan comel tu. Saya pun pakai baju kurung.” Tak habis lagi Adira mengusik siap berdiri tunjuk baju kurungnya pada Hanom. 
Hihihihi ada-ada lah Cik Dira ni.” Jawab Hanom yang kelucuan dengan Adira. 

Dah-dah la tu Dira oi, akak ni dah penat tunggu kau kat luar ni. Kau kalau nak jadi model baju kurung pun tunggu la lepas waktu makan jap lagi. Sekarang semua nak pergi makan dulu.” Tiba-tiba ada suara lain yang menyampuk dari luar. 
Kelihatan seorang wanita yang berbaju kurung moden berdiri di depan pintu pejabat bilik Adira. Wanita itu ialah kakak Adira, Atyra Diana. Wajahnya nampak muda dan ayu walaupun usia sudah mencecah 35 tahun, merupakan ibu kepada 2 cahaya mata dan merupakan salah seorang pemegang saham utama dalam Fantasia Holding. 
“Apa lagi yang korang berdua tercegat kat situ? Nak jadi patung cendana ke? Akak ni dah penat tunggu kat luar. Kalau korang dah kenyang, biar akak pergi makan sorang-sorang. Akak tunggu korang berdua kat lobi. 5minit je akak bagi masa” Volume suara Kak Tyra sudah memecah ruangan bilik Dira sebelum dia berlalu meninggalkan Dira dan Hanom. 
Kelam kabut si Dira mencapai tas tangannya. Legalah semua dah keluar pergi makan, kalau tak mahu semua staf dalam perjabat ni kecut perut. Suara kakaknya memang tak boleh nak di slowkan volume. Kak Tyra tersenyum-senyum melihat adiknya dengan Hanom kelam kabut keluar dari lif. Tyra yang melihat adiknya mula bangun untuk mengatur langkah keluar untuk makan di sekitar situ.
Bila budak berdua tu datang dekat, “Hah Hanom ni pun satu akak suruh panggil si Dira tu tapi kamu pun sangkut sekali dekat dalam tu. Eiii budak ni.” 
“Maaf Kak Tyra tadi Hanom memang dah panggil Dira tu tapi dia boleh mengelamaun pastu dia usik Hanom.” Hanom memberitahu sebab sebelum dia kena marah. 

Kebiasaanya Hanom memang akan panggil Adira, Dira bila diluar pejabat kerana Dira cakap guna panggilan Cik Dira hanya dalam pejabat, luar pejabat mereka adalah kawan macam tu juga dengan Kak Tyra. 
“Dah jom cepat naik kereta, kang lambat pula kita semua makan kak oi.” Dira cepat-cepat memanggil kakaknya dengan Hanom sebelum kakaknya menyoal. 
‘Nak lari dari kena soal dengan aku la tu budak ni. Takpe balik umah aku tanya kau ye adikku sayang.’ Tyra bermonolong dalam hatinya sambil tersenyum dengan senyuman yang bermakna sambil memandang adiknya yang tengah memandu di depan. 
Adira yang perasan dengan senyuman kakaknya dah mula kecut perut. 
Eh kakak aku ni tersenyum-senyum, ni mesti dia nak soal balik kerja jap lagi. Adoyai kakakku tersayang janganlah kau menyoal adikmu ini.’ Dira kembali fokus memandu. Dia berharap kakaknya akak lupa menyoalnya nanti.
 “Hah dah sampai pun. Jom turun makan, jomlah kak Tyra. Hanom dah lapar ni.” Bersemangat sungguh Hanom, siap bertepuk tangan. Nampak sangat laparnya. 
Kak Tyra dan Dira tersenyum melihat gelagat Hanom tu, kalah budak sekolah rendah je seronoknya, tapi memang dah lapar pun perut ni, lagi-lagi buka je pintu kereta dah terbau ikan bakar Restoran Hijauan Rimba. 

Sebut je nama restoran ni pasti semua tahu sebab makanannya semua enak-enak, paling best masakan kampung kat sini boleh buat semua kecur air liur. Bau dia pun dh cukup memikat kalbu, kalau makan confirm nak tambah-tambah. Ditambahkan keindahan yang terdapat di restoran itu cukup tenang walaupun ramai pelanggan. Mereka bertiga mengatur langkah memasuki restoran tersebut, cepat si Hanom pilih tempat takut sangat tempat duduk full.  Dah dapat tempat duduk mesti la nak order. 
“Yang terjenguk-jenguk tu kenapa Dira oi. Kau ada ajak orang lain ke?”soal Kak Tyra bila melihat adiknya terjenguk-jenguk macam cari seseorang. Dira hanya tersengih sumbing. 
Ha, Pak  Mail mai la sini sat. Dira nak order ni Pak Mail.” Akhirnya orang yang dinanti muncul jua seorang lelaki yang agak berumur sambil tersengih. 
Owh hang rupanya Dira. Hang mai habaq kat pak cik hang nak order apa?” soal Pak Mail yang merupakan pemilik Restoran Hijauan Rimba. 
Pak Mail juga dulu pernah berkerja dengan Tan Sri Idham, datuk kepada Adira. Tan Sri Idham yang memberi cadangan kepada Pak Mail dengan isterinya untuk membuka restoran kerana air tangan masakan isteri Pak Mail memang sedap. Lagipun rugi kalau ada peluang tak ambil jadi Pak Mail akhirnya berhenti menjadi pemandu peribadi Tan Sri Idham dan buka restoran ni atas saranan datuknya Adira. 

Eh Tyra dengan Hanom pun ada. Maaflah tadi pak cik tak perasan hagpa berdua pun ada dengan si Dira ni. Hangpa nak makan apa?” soal Pak Mail. 
“Ala pak Mail macam tak besa pulak. Dira nak masakan yang macam selalu Dira order tapi hari ni Pak Mail tambahkan ikan terubuk bakar. 
Tadi Dira tengok ada ikan terubuk. Boleh Pak Mail?” Dira kalau bab makan nombor satu. 
Kalau datang restoran ni mesti dia order tom yam campur, kailan ikan masin, sambal belacan, kangkung goreng belacan, telur dadar dengan air sirap limau. Mau tak terangkat kalau makan. Ishhh punya la banyak dia makan. 
Owh kalau hang Dira, Pak Mail dah tau hang suka order benda yang sama. Ni Pak Mail tanya kakak hang dengan Hanom.” Amik kau Dira sekali kena daa dengan Pak Mail. 
“Pak Mail buat je lauk tu untuk dua orang makan, air tu pun buat je sejenis, tak la menyusahkan Pak Mail nanti.” Tyra bersuara dan tersenyum pada Pak Mail. 
Aish takde yang susah la Tyra oii. Pak Mail lagi suka kalau hangpa selalu mai datang makan kat sini. Ok la Pak Mail nak suruh mak cik Nab hagpa masak untuk hagpa. Hagpa tunggu sat noh.” Pak Mail berlalu ke kaunter dapur. Kelihatan Mak Cik Nab angguk dan tersenyum.

Dira melihat ada seorang budak waiter bawa sejag air dari kaunter air. 
Perhhh siapa la yang nak minum sejag tu, mau kembung perut minum air je.” Dira dengan Hanom gelak tapi masih gelak cover. Takut nanti ada yang terguris hati pulak. 
Aish kau ni Dira, suka hati la diorang nak minum sejag ke apa. Dah jangan sibuk Dira.” Marah Kak Tyra. Tiba-tiba budak tadi tu meghampiri mereka. Eh asal budak ni letak air ni atas meja ni. 
Alamak wat malu je, sedap punya kutuk rupa-rupanya meja ini punya air daa
Mak aii sejag air sirap limau diletakkan atas meja. 
Ha padan muka kau Dira, kutuk orang, rupa-rupanya kena batang hidung sendiri.” Kini giliran kak Tyra pula gelak. Dira pula memuncungkan mulutnya tanda protes dengan kakaknya. 
Ha awat ni Dira hang dok muncung mulut tu.” Mak cik Nab yang sedang bawa dulang lauk tersenyum melihat anak bekas majikan suaminya dulu. 
Eh Mak cik Nab, suka betul buat Dira terkejut ye. Meh sini Dira tolong hidang.” Cewah anak dara sorang ni nak cover la tu. 
“La takpe la Dira oi biar la Mak cik yang hidang, hang duduk ja, ari ni mak cik belanja hangpa makan sebab mak cik seronok sangat. 
"Amboi Mak cik Nab seronok sebab nak dapat menantu ke?” Dira dah mula la menyakat. 
Aish budak ni nak dapt menatu apanya kan anak Mak Cik Nab semua dah kawin. Hang lupa ke Dira oii.” Ditamparnya lengan anak dara sorang tu. 

hihihi ala Mak Cik Nab ni macam tak biasa pula yang Dira ni suka bergurau. Orang kata nak manja-manja la. Hihihihi.” Ada je yang nak dijawab si Dira ni. 
“Dah-dah ni lauk semua dah hidang ni. Hangpa semua cepat makan, nanti kang hangpa lambat balik nanti bos hangpa marah.” Suruh Mak cik Nab, nak elak daripada diusik dengan si Dira tu. 
Eh mak cik Nab jangan risau bos kita orang tak kan marah punya.” Jawab Hanom sambil tangan tu capai mangkuk untuk tom yamnya. Mak cik Nab pelik. 
Eh ada ke bos macam tu Hanom? Setahu mak cik kalau lambat masuk semua bos marah. Baik sungguh noh bos hangpa tak marah.” Si Dira pula dah tersengih-sengih bila orang dah puji melambung. 
Hang ni awat Dira tersengih-sengih?” soal Mak cik Nab yang melihat Dira tersengih-sengih macam duk angau
La kan tadi mak cik puji Dira baik. Tu yang Dira duk sengih memanjang ni.” Jawab Dira. 
“Mana ada mak cik puji hang, mak cik puji bos hang yang baik la Dira oii. Ish budak ni.” Nampak sangat la Mak cik Nab lupa yang bos kat pejabat tu si Dira ni. 
Tyra yang tak tahan tengok Mak Cik Nab dimainkan oleh Dira lalu, “Mak Cik Nab tak kan tak tahu bos yang mak cik Nab puji baik tu, si Dira la, kan syarikat tu diterajui Dira. Jadi memang bos tak marah la sebab bos yang lambat masuk.”
 “Owh la mak cik lupa pulak si Dira ni bos. Owh hang saja noh kenakan mak cik ni ye Dira. Dah la hangpa makan la. Mak cik nak kena buat kerja lagi ni. Hangpa balik terus pejabat, jangan gatai nak pi bayaq.” Nampaknya Mak Cik Nab dah bagi amaran kat depa bertiga. 
‘Aish baru ingat nak pi bayar senyap-senyap. Dah kantoi.... hihihi lega tak payah aku belanja diorang makan sebab free. I love u la Mak Cik Nab.’ Suka gila si Dira bila dia tak payah bayar, selamat la duit dia.

 “Ha Dira kau jangan nak sengih-sengih, kau ingat duit kau selamat, tak kira jap lagi kau kena belanja akak gi shopping novel banyak-banyak.” Nampaknya Kak Tyra pun mastermind la macam Mak Cik Nab. 
Bukan Tyra tak tahu perangai Dira yang kedekut sikit tu. Sikit ke kedekutnya bukan ke banyak ke?
 Yela budak ni semua dapat tajaan. Kereta, rumah dah sah-sahlah atuk dah bagi, handphone tu aku ingat aku la yang belikan, gara-gara dulu budak ni mintak hadiah birthday
Kalau handphone biasa-biasa takpe tapi sekali budak ni mintak iPhone 4s yang dia mintak. Mau tak kopak, legalah suami aku tak kisah. Adik ipar kesayangan suami aku tu si Dira ni. 

Ha akak jauhnya mengelamun. Agak-agak la nak mengelamun pun, Abang Is tu ada je nanti balik kat rumah. Dah la kak jom kita balik. Cik Bos pun dah nak balik sebab seronok tak payah belanja. Hihihihihi” 
'Aaah budak bertuah sorang ni lega kau adik aku kalau tak, mau aku sekeh-sekeh kepala kau tu Dira.' 
“Pak Mail kita orang dah nak gerak balik pejabat ni, berapa ye semua tu. Tak sedap la pulak kalau dah makan tak bayar ni.” Cewah kononnya la tu Dira ni, siap pegang dah purse nak kuar duit. 
“Ala Dira kan Mak Cik Nab kamu dah cakap tak payah bayar. Kami hari ni belanja kamu. Kira kamu langkah kaki kanan la hari ni.” Balas Pak Mail.
“Kalau macam tu Pak Mail terima kasih la kerana sudi belanja kami bertiga makan. Kami semua gerak dulu la ye Pak Mail.” Dira tersenyum pada Pak Mail.  
“Akak nak Dira hantarkan akak dekat butik akak terus atau akak nak singgah pejabat Dira?” soal Dira pada kakaknya sebelum masuk ke kereta. 
Aish mesti la akak kena pergi pejabat kamu dulu, kan akak tinggalkan kereta akak dekat sana.” Balas kakaknya. “Owh kalau macam tu bagus la jimat minyak kereta Dira ni.” 

Lega hati sebab dapat jimat lagi. “Hanom kenapa senyap je lepas makan tadi?.” Soal Dira kepada Hanom, sejak makan tadi sampai sekarang senyap jeTadi bukan main meriah mulut tu. 
Errrr...takde pape la. Mungkin sebab dah kenyang sangat kot. Tu yang saya senyap tu Dira.” Saja nak tutup gelisahnya dari tadi. Kerana mungkin hanya perasaannya saja. Mungkin orang tu saja kot usha majikan aku ni. Tapi kenapa pandangan orang tu dekat Dira macam semacam je ye. 
Ye dia ingat la kejadian dekat restoran tadi. Waktu tu dia duduk sebelah Dira jadi dia memang perasan laki tu pandang Dira, bila dia perasan laki tu pandang Dira, terus laki tu toleh ke arah lain. Mintak-mintak laki tu bukan orang jahat. Tau la bos aku ni cantik cun melecun tapi jangan la tenung macam nak telan je
Lega la bos aku ni selamba badak tak perasan kalau tak confirm bos aku nak cabut balik, sebab dia bab orang tenung lama-lama ni tak boleh nanti macam-macam dia ingat. 

“Hanom...Hanom awak ni dah tak nak turun ke?” soal Dira yang nak kuar kereta. Aiii tak kan dah berjangkit kot penyakit berangan aku kat dia ni. Ish dia ni. 
“Nur Hanom binti Bahariiii....” jerit Dira agak kuat untuk menyedarkan Hanom yang masih mengelamun. 
Eh eh... kita dah sampai pejabat ke Dira? Eh Kak Tyra mana?” soal Hanom terpinga-pinga bila nama penuhnya dipanggil dengan suara yang agak lantang. 
Ya allah, Hanom kita dah sampai dah la. Kak Tyra pun dah gi balik butik naik kereta dia. Awak ni ok ke tak Hanom, kalau tak ok, jom saya hantar awak balik umah awak.” Balas Dira yang melihat Hanom yang terpinga-pinga. 
eh tak la Dira, saya ok je ni.” Jawab Hanom, dia tak nak menyusahkan sesiapa lagi-lagi bosnya si Dira ni. Lagipun dia tahu Dira jap lagi ada kerja lain nak buat. 
“Kalau awak ok, jomlah kita masuk pejabat. Nanti kang entah apa yang jadi dalam pejabat tu nanti.” Akhirnya mereka berdua melangkah masuk ke bangunan Fantasia Holding.