Rabu, 22 Februari 2012

serangan gastrik

warghhhhh.....adoiyai sakit nyer bila kena gastrik
rasa macam nak guling2 je kat lantai ni...
nape la ko menyerang lagi... alahai time2 aku tinggal ubat kat umah la
kau nak datang blik ye sakit...
lega semalam x jadi aku nak wat citer hindustan
sebab ada cik abang bagi ubat suruh makan
kalau x mesti masuk hospital
adoiyai....adoiyai....adoiyai

Isnin, 20 Februari 2012

My Love Is Playgirl

Puteri Laila merasakan kehadiran Hasrul dalam hidupnya 

bagaikan satu bala apabila musibah sering menimpanya

 setiap kali lelaki itu mendekatinya. 

Kisah gila-gila mereka berterusan apabila Puteri Laila mendapat tahu

 Hasrul sebenarnya mempunyai pertalian persaudaraan dengannya. 

Megat Kamarulzaman, iaitu ayah Puteri Laila telah jatuh miskin 

dan mempertanggungjawabkan Hasrul menjaga Puteri Laila

Dapatkah Puteri Laila tinggal bersama Hasrul di rumah yang sangat uzur itu? 

Bagaimana Hasrul menghadapi perangai Puteri Laila yang gila-gila bahasa itu?

Akhirnya Aku Kahwin

Didi - gadis comel yang periang.

 Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya.

 Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. 

Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. 

Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan.

Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. 

Katakata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu 

menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. 

Sesuka hati saja memanggilnya Debab. Berhadapan dengan lelaki itu, 

dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom. 

Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. 

Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? 

Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya.

 Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, 

lebih baik berchatting dengan Terhangat Di Pasaran. 

Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. 

Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?

Kampung Girl

PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” -Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?