Rabu, 8 Jun 2011
Selasa, 7 Jun 2011
HADIRNYA CINTA
Yasmin
Nadilla suka melancong. Kali ini Pulau Santubong, Pulau Sejinjang
menjadi destinasinya. Namun malang tidak berbau, Yasmin Nadilla telah
diculik bersama seorang anak hartawan bernama Daniel Ezairy.
Sejak
menjadi tahanan, Daniel Ezairy sudah mula tertarik dgn Yasmin Nadilla
walaupun dia sudah ada kekasih bernama Sharifah Mastura. Yasmin Nadilla
tidak boleh menerima cinta Daniel Ezairy kerana dia sudah bertunang
dengan Amran.
Pelbagai
cara dilakukan untuk menarik perhatian Yasmin Nadilla. Namun semuanya
gagal. Yasmin Nadilla sedikitpun tidak ambil kisah tentang perasaan
Daniel Ezairy. Dia betul-betul setia pada tunangnya dan tidak mungkin
akan berpaling tadah.
Sebaik
sahaja dibebaskan, Yasmin Nadilla pun pulang ke kampung. Alangkah
terperanjatnya apabila dia mendapat tahu adiknya, Hasliza sudah
berkahwin dgn Amran. Hancur hatinya. Dia tidak sangka adiknya sanggup
merampas bekas kekasihnya.
Sejak
kepulangan Yasmin Nadilla, hati Hasliza tidak pernah tenteram. Dia
berasa sangsi terhadap kakaknya. Dia takut kakaknya akan merampas
kembali hati Amran. Pelbagai konflik berlaku hinggakan Yasmin Nadilla
membawa diri ke Terengganu.
Di Terenganu, Yasmin Nadilla telah bertemu kembali dengan Daniel Ezairy. Dapatkah Yasmin Nadilla menerima cinta Daniel Ezairy?
Isnin, 6 Jun 2011
7 HARI MENCINTAIKU
Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.
“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”
Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.
“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….”
Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?
Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya. Segalanya akan terungkai dalam novel setebal 1050 mukasurat ini.
PILIHAN MAMA
Pelbagai cara telah dilakukan untuk mencari calon isterinya, melalui chating, facebook, blind date dan sebagainya. Ada juga yang diperkenalkan oleh rakan karibnya Fazli. Namun, satu pun masih tidak dapat memenuhi kriteria yang diingininya untuk menjadi isteri dan menantu terbaik kepada ibunya. Bukan tiada wanita yang menginginkannya, ramai. Terlalu ramai. Tetapi semua tidak memenuhi syarat-syarat sebagai seorang isteri solehah yang diidamkannya.
Setelah lama menunggu. Si ibu membuat keputusan untuk memilih sendiri menantunya. Dengan terpaksa, si jejaka menurutkan kehendak ibu kerana tidak mahu mengecewakan ibu yang telah bersusah payah membesarkannya. Sebuah ikatan pertunangan telah dijalinkan antara Aiman dengan gadis pilihan ibunya, Aisyah. Walaupun ikatan telah dijalinkan, dia tidak pernah mempunyai keinginan untuk mengenali, melihat, berjumpa dan berbual dengan tunangannya. Pada masa yang sama, secara tidak sengaja, Aiman berjumpa dengan wanita idamannya iaitu wanita misteri yang bernama Adila. Dia membuat keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangannya dengan gadis pilihan ibu. Namun, apabila melihat wajah ibunya, dia tidak sanggup meluahkan isi hati. Segala keinginan terpaksa dipendam. Dia terpaksa menunaikan janji yang telah terpatri. Maka, wanita idaman terpaksa dilepaskan pergi. Setelah bahagia menjelma, datang pula badai yang mengempas hati dapatkah Aiman mengharunginya sendiri?
Langgan:
Catatan (Atom)