Selasa, 1 Mei 2012

VAMPIRE LOVE 2

Pandangan yang sentiasa membuat jiwanya bergelora. Cullen mencari gadis itu kemana sahaja, disebabkan itulah hatinya tidak pernah terisi dengan mana-mana gadis. Aset yang ada pada diri bukan digunakan untuk membiarkan dirinya di dampingi. Hatinya sudah terisi untuk sesorang yang tak pernah pasti kewujudannya.

Sedang leka berfikir, “But if I let you go, I will never know, What my life would be, holding you close to me....” deringan handphone membuatkan Cullen tersedar dari lamunan yang jauh. Diperhatikan jam pada skrin phone menunjukkan pukul 7.00 pagi. “Owhh noooo....” Cullen terus bergegas bangun kerana dia sudah terlambat untuk bersiap untuk ke kolejnya. Pasti yang lain sudah menantinya. “ei macam mana aku boleh terlambat ni. Mati aku kena dengan Sir. Mark nanti.” Keluh Cullen terus mengambil tuala dan mandi untuk ke kolej agar tidak terlambat. Cullen, kamu dah bangun ke belum? Nanti kamu lambat untuk aktiviti perkhemahan kamu nanti” laung Puan Mell. Dia pasti anak lelakinya itu terlambat bangun, kalau tidak pasti radio bilik anaknya akan terpasang setiap pagi. Itulah rutin yang tidak pernah dilupakan Cullen bila bangun awal pagi. Tapi jika kelam kabut pasti dia kalut dan gelabah, semua pasti tidak akan berjalan dengan sempurna. “Yes mama. Cullen tengah bersiap ni.” Laung Cullen tanda dia sudah bersiap-siap. Puan Mell berlalu ke luar rumah, untuk bersarapan bersama keluarganya. Cullen termengah-mengah bersiap. “kalau aku tak mimpi perempun tu mesti aku tak bangun lambat” bebel Cullen bersendirian ketika memakai kasut. Kemudian dia mendekati mama dan papanya. “Moring papa mama. Cullen nak kena gerak dulu ni takut terlambat sampai.” Cullen meminta izin sebelum bertolak. “Cullen sarapan dulu, kalau tak pun minum dulu. Nah minum.” Puan Mell memberikan Cullen secawan hot chocolate agar anaknya bertenaga. “thanks mama, sayang mama dengan papa.” Cullen terus mencium pipi mama dan papanya. Dia tersenyum pada mama dan papanya. “Cullen kamu hati-hati ya. Pastikan diri kamu selamat balik.” Papanya bersuara. Dia bimbang akan keselamatan Cullen setiap kali anaknya itu pergi jauh. Wajah kerisauan terpancar dimata papa dan mama Cullen. “Okkk bos, arahan diterima.” Cullen membuat tanda ok sebagai tanda dia menerima pesanan papanya itu. “papa mama Cullen gerak dulu ya.” Cullen menghidupkan enjin kereta. Dan berlalu pergi sambil melambai sebelah tangannya pada papa dan mamanya. “awak rasa anak awak tu akan ok ke?” luah Puan Mell pada suaminya, En.Taylor. “saya pasti anak kita selamat. Lagipun dia dah biasa dengan aktiviti perkhemahan ni. Awak tak perlu risau dia bukan budak kecil lagi, Mell.” En. Taylor kembali membaca paper pagi. “saya harap bergitulah.” Puan Mell berlalu masuk ke dalam rumah membawa cawan yang diminum Cullen tadi.

Avenue City Collage,

“Kamu semua ada nampak Cullen tak?” soal Sir Mark pada para pelajar lain.” Soal Sir Mark kerana sepatutnya Cullen sudah berjumpa dengannya pagi ni untuk perkhemahan ni. Yang lain hanya mampu mengeleng, tidak berani menjawab kerana mereka tahu Sir Mark tengah marah. Manakala Ben dengan Jack hanya berpandangan antara satu sama lain. Mereka berbisik-bisik mempersoalkan kemana Cullen hilang. “Ben, kau tak tahu ke kenapa Cullen lambat?” soal Jack. “Ish kau ni manalah aku tau, bukan aku duduk rumah dia. Kejap lagi dia datang la tu.” Jawab Ben yang tidak suka disoal. “Ben, Jack kamu berduakan berkawan baik dengan Cullen, tak kan kamu berdua tak tahu kenapa Cullen tak datang lagi?” tiba-tiba pandangan Sir Mark terarah kepada mereka berdua, membuatkan mereka mati ku. Pelajar-pelajar lain turut mematikan pandangan kepada Jack dengan Ben. Kesian budak berdua tu bukan salah mereka, tapi mereka dipersoalakan seperti bersalah. Sabarlah Ben dengan Jack ya. Tiba-tiba, “Sir....Sir tu bukan Cullen ke Sir.” Jerit seorang student lelaki sambil menunjuk kearah Cullen yang sedang berlari ke arah mereka. Semua mengalihkan pandangan kepada Cullen. Ben dan Jack turut memandang dengan pandangan ingin cekik-cekik Cullen. Marah sungguh budak berdua tu dengan Cullen. “Sorry Sir, saya lambat.... tadii... saya bangun lambat.” Tercunggap-cunggap Cullen kepenatan. “Ok Cullen alasan kamu saya terima.” Sir Mark hnaya tersenyum. Ternganga mulut Ben dengan Jack kerana Cullen tidak dimarahi. “Apasal Cullen tak kena marah kita yang kena marah? Bukan kita yang datang lambat? Ni aku rasa nak nangis berguling ni.” Soal Ben yang kebingungan, dia yang datang awal dimarahi kerana tidak tahu kenapa Cullen datang lambat. “Aku pun tak puas hati ni.”Jank turut sama buat muka tak puas hati. Cullen berjalan kearah Jack dengan Ben. “woi korang asal buat muka semacam je?” soal Cullen. Boleh pula budak ni tanya, dia tak tahu ke kawan-kawan dia ni dah kena masak dengan Sir Mark tadi. Boleh pula budak Cullen ni tersengih je dekat Ben dengan Jack. Ben dengan Jack hanya berdiam tanda mogok dengan Cullen. “Ala korang jangan la buat muka. Meh sini aku pujuk. Ala bucuk-bucuk sayang meh sini aku bagi pelukan.” Gurau Cullen sambil mendepakan tangannya tanda ingin memeluk kawan-kawannya. “Tak nakkkk.” Jawab Ben dengan Jack serentak sambil berpaling muka. “Betul korang tak nak aku peluk ni?” acah Cullen. Budak berdua tadi masih mengeleng kepala tanda tidak mahu. “Ok ....kalau korang tak nak aku pujuk biar aku panggil Sir pujuk korang amacam?” usik Cullen pada kawan-kawannya. Cullen mula mengatur langkah ke arah Sir Mark, seperti dia ingin menyuruh Sir Mark memujuk budak berdua tu. Ben dengan Jack yang memerhati terus cepat-cepat mengeleng dan menarik Cullen sebelum Cullen buka mulut. “Tak...tak....tak Cullen kteorang dah tak merajuk dah.” Cepat-cepat Ben dengan Jack cakap. Cullen hanya tersenyum, dia tahu jeratnya pasti mengena. “hihihihi tahu pula korang takut bila aku sebut nama Sir Mark.” Cullen tergelak melihat teman-temannya tu.

“Semua pelajar dah boleh naik bas, lagipun Cullen ketua rombongan dah sampai. Pastikan kamu semua bawa barang keperluan secukupnya.” Arahan Sir Mark kepada pelajar yang mengikuti perkhemahan musim panas. Semua pelajar mula bergerak ke arah bas yang bakal membawa mereka ke destinasi. Tiba-tiba seorang pelajar lelaki menghampiri Cullen dan memberi Cullen sepucuk surat.

“Cullen ada surat untuk kau. Nah..” surat yang dihulurkan pelajar itu akhirnya bertukan tangan. Cullen tersenyum, dia pasti orang yang sama menghantar kepadanya. “Siapa yang bagi?” soal Cullen pada pelajar tadi. “Entahlah Cullen, aku pun tak tahu tadi ada yang terjatuhkan surat ni. Aku kutip dan aku bagi kat kau.” Jawab Mike, nama yang tertera pada tag nama. Tag nama diberikan kepada semua pelajar yang mengikuti perkhemahan ini agar diketahui nama mereka. “Ok. Thanks Mike.” Cullen hanya tersenyum. “Mana kau tahu nama budak tu Mike, Cullen?” soal Jack. Nampak sangatlah si Jack ni tak perasaan yang budak tadi tu pakai tag nama yang diberikan. “Woi Jack, kau ni rabun ke apa? Tak kan la kau tak nam pak budak tu pakai tag nama.” Jawab Ben yang jadi penjawab yang tidak berbayar. “eh? Yeke Ben? Hihihihihi... tak perasaan pulak aku budak tu pakai tag nama. Sengih Ben.

“Dah la korang jom cepat naik bas, kalau tak lambat kita semua nak gerak.” Cullen mula melangkah menaiki bas yang masih ada tempat kosong untuk mereka bertiga. “eleh Cullen kau lambat takpe pulak ya.” Marah Jack dengna Ben. Selepas Sir Mark pastikan semua pelajar sudah menaiki bas. Maka bermulalah perjalanan mereka ke destinasi yang ingin dituju mereka semua.

CULLEN HOUSE

hari ni addin nak kongsikan rupa rumah cullen dengan keluarganya...
bilik cullen nanti addin masukan

Isnin, 30 April 2012

VAMPIRE LOVE 1

sori ye korang semua yang VAMPIRE LOVE yang mula2 addin masukkan tu cuma sinopsis cerita untuk VAMPIRE LOVE ni... ok ni Addin masukkan bab by bab pulak 

Avenue City Collage,

Suasana yang cukup meriah, gelak tawa yang dipenuhi dalam dewan kuliah. “kringgggg.....” bunyi lonceng tanda tamat kelas dan dinantikan semua. Kertas berterbangan, tanda kegembiraan mereka kerana bakal bermula cuti musim panas. Pasti pelbagai aktviti akan dilakukan mereka dalam cuti yang panjang. Cullen tersenyum memerhati rakan-rakannya yang sedang sibuk meraikan cuti yang bakal bermula. Cullen mula mengemas barang-barangnya. Sedang sibuk mengemas, Ben teman baik Cullen menyapa, “Hei Cullen, kau join tak perkhemahan musim panas kolej?”. Cullen Cuma tersenyum. “kau ni  Ben, dah sah-sah perkhemahanan ni aku yang bagi idea, mesti la aku ikut.” Terus Cullen meniggalkan Ben.

Ruang legar kolej yang riuh, tiba-tiba menjadi senyap. Yang pasti Cullen menjadi perhatian student perempuan. Senyuman yang cukup indah terukir dibibir pemilik yang pasti mampu mencairkan mana-mana hati yang melihat. Langkah diatur ke lokernya untuk menyimpan barang. Cullen hanya mampu tersenyum melihat gelagat-gelagat pelajar perempuan yang memerhati. Sedang leka mengemas barang lokernya, Cullen mendapati ada satu kad dalam lokernya terjatuh dan saat itu juga sebiji bola keranjang bergolek di kaki Cullen. Cullen memandang dan mengambil bola tu. “Cullen cepat baling bola tu.” Ben menyengih dari jauh. Terus Cullen  membaling bola ke arah jaring dan balingan tepat itu memasuki jaring. Kelihatan semua student bersorak. Cullen memang pakar dalam basketball dan apa-apa saja. Disebabkan itu Cullen mnejadi kegilaan semua pelajar perempuan. Kad ditangan disimpan dalam begnya. Setiap kali buka loker pasti ada saja pemberian dari pelajar-pelajar perempuan yang admire dirinya. Kadang-kadang mereka letak atas mejanya. Cullen anggap itu perkara biasa.

Selesai je kemas dan pastikan semua selesai. Cullen terus bergerak keluar, sampai je di  keretanya, Jake menghampiri. “Hey Cullen...tunggu.” niat Cullen untuk menghidupkan enjin terhenti. “Hey Jake... Kenapa Jake? Apa yang aku boleh tolong?” soal Cullen. “ermm....hihihi aku just nak tanya aktiviti perkhemahan tu boleh aku join tak?” Jake tersengih-sengih sambil mengaru kepala. Cullen Cuma tersenyum. “boleh saja kau join. Lagipun nama kau aku dah letak. Nak tunggu kau mesti lambat.” Cullen sememangnya tahu sikap lupa Jake, lagipun Jake sibuk dengan perlawanan bola sepak. “Betul ke Cullen aku boleh join? Thanks a lot Cullen.” Jake menjerit keriangan, kerana keinginannya untuk sertai tertunai.

Cullen hanya memerhati dan terus menghidukan enjin keretanya. Dia ingin cepat-cepat sampai ke rumah, kerana banyak benda ingin disiapkan untuk perkhemahan esok. Sampai di rumah Cullen melihat mama dan papanya sedang bersantai di taman bunga bersebelahan dengan tempat parking rumahnya. “Cullen macam mana kelas hari ini?” macam biasa pasti mamanya akan menyoal aktivitinya, itulah rutin yang tidak pernah mamanya lupakan. “macam biasa, lagipun esok dah mula cuti musim panas ma” Cullen merapati mamanya dan mencium pipi mamanya. Cullen duduk dikerusi sebelah mamanya, “Pa, awal nya papa balik? Tak kerja ke hari ni papa?” soal Cullen pada papanya. “Papa balik awal sebab nak luangkan masa dengan mama kamu. Papa balik awal pun kena soal juga.” Jawab papanya selamba. Mamanya sentiasa terhibur dengan keakraban Cullen dengan suaminya. Senyuman Cullen diwarisi oleh papanya.

“Ok papa. Ok lah mama, Cullen masuk rumah dulu, nak kemas barang untuk perkhemahan minggu ni.” Cullen meminta diri. “Cullen jangan lupa nanti bawa teman wanita balik dari perkhemahan tu nanti.” gurau papa Cullen. Cullen hanya mampu mengeleng. Dia tidak pernah terfikir untuk mempunyai teman wanita. Walaupun ramai yang meminatinya, itu tidak bermakna dia boleh bercinta dengan siapa saj. Dia juga bukan seorang yang memilih. Dia bukan seperti manusia biasa diluar sana. Rahsia yang tiada siapa pernah tahu. Sampai dibilik, perkara pertama yang bakal Cullen buat adalah untuk berbaring di atas katil untuk menghilangkan penatnya. “arghhhh....penatnya” dapat dirasakan kepenatan sepanjang harinya. Rasa ngantuk mula datang, sehingga Cullen terlelap.

Tiba-tiba Cullen sampai di sebuah taman yang cukup indah. Kelihatan seorang gadis tidur diatas buaian, membuatkan Cullen tertarik untuk mendekati gadis tersebut. Cullen akhir betul-betul berdiri di hadapan gadis tersebut. Tiba-tiba gadis tu terjaga dari tidur, membuatkan Cullen terkaku. Pandangan mereka bertembung. Gadis itu tiba-tiba menjauhi Cullen dan terus hilang dari pandangan. Cullen ingin menyapa tapi tidak sempat. Sungguh dia ingin berkenalan dengan gadis itu, tapi apakan daya gadis tu hilang. “adoiiii.....” tiba-tiba Cullen mengadu kesakitan, keadaan sekitar mula gelap dan membuatkan Cullen tersedar. Rupa-rupanya dia bermimpi. Setiap kali tidur pasti dia akan mimpikan gadis tu. Pandangan itu tak pernah hilang dari ingatannya.

VAMPIRE LOVE

VAMPIRE LOVE

SINOPSIS

Mengisahkan Anne yang ingin mengubah cara hidupnya dari menjadi vaillin vampire hanya kerana jatuh hati dengan seorang pemuda yang bernama Cullen. Tapi Anne tidak tahu Cullen juga merupakan seorang vampire yang hidup dalam dunia manusia. Pertemuan mereka yang pertama di hutan simpan Forest sewaktu perkhemahan kolej Cullen,telah membuatkan Anne jatuh hati. Sepanjang perkhemahan Cullen, Anne sentiasa memerhati dari jauh. Setiap kali Cullen bangun pagi, pasti ada sekuntum bunga dihadapan khemahnya. Cullen menyangka ada pelajar lain yang cuba menyakatnya tanpa mengetahui pekara sebenar. Demi mengetahui siapa yang ingin mengenakannya itu, Cullen berjaga sepanjang hari dalam khemah. Seperti biasa Anne meletakkan sejambak bunga dihadapan khemah Cullen tanpa menyangka dirinya diperhatikan oleh Cullen. Sungguh Cullen tertarik dengan keindahan gadis itu. Cullen mengikuti Anne. Tapi Anne dapat merasakan dirinya diperhatikan dan diikuti. Anne terus hilang dari pandangan Cullen membuatkan Cullen tercari-cari sehingga dia tersesat. 

Apakah yang terjadi kepada Cullen dan kemana hilangnya Anne???????