Isnin, 30 April 2012

VAMPIRE LOVE 1

sori ye korang semua yang VAMPIRE LOVE yang mula2 addin masukkan tu cuma sinopsis cerita untuk VAMPIRE LOVE ni... ok ni Addin masukkan bab by bab pulak 

Avenue City Collage,

Suasana yang cukup meriah, gelak tawa yang dipenuhi dalam dewan kuliah. “kringgggg.....” bunyi lonceng tanda tamat kelas dan dinantikan semua. Kertas berterbangan, tanda kegembiraan mereka kerana bakal bermula cuti musim panas. Pasti pelbagai aktviti akan dilakukan mereka dalam cuti yang panjang. Cullen tersenyum memerhati rakan-rakannya yang sedang sibuk meraikan cuti yang bakal bermula. Cullen mula mengemas barang-barangnya. Sedang sibuk mengemas, Ben teman baik Cullen menyapa, “Hei Cullen, kau join tak perkhemahan musim panas kolej?”. Cullen Cuma tersenyum. “kau ni  Ben, dah sah-sah perkhemahanan ni aku yang bagi idea, mesti la aku ikut.” Terus Cullen meniggalkan Ben.

Ruang legar kolej yang riuh, tiba-tiba menjadi senyap. Yang pasti Cullen menjadi perhatian student perempuan. Senyuman yang cukup indah terukir dibibir pemilik yang pasti mampu mencairkan mana-mana hati yang melihat. Langkah diatur ke lokernya untuk menyimpan barang. Cullen hanya mampu tersenyum melihat gelagat-gelagat pelajar perempuan yang memerhati. Sedang leka mengemas barang lokernya, Cullen mendapati ada satu kad dalam lokernya terjatuh dan saat itu juga sebiji bola keranjang bergolek di kaki Cullen. Cullen memandang dan mengambil bola tu. “Cullen cepat baling bola tu.” Ben menyengih dari jauh. Terus Cullen  membaling bola ke arah jaring dan balingan tepat itu memasuki jaring. Kelihatan semua student bersorak. Cullen memang pakar dalam basketball dan apa-apa saja. Disebabkan itu Cullen mnejadi kegilaan semua pelajar perempuan. Kad ditangan disimpan dalam begnya. Setiap kali buka loker pasti ada saja pemberian dari pelajar-pelajar perempuan yang admire dirinya. Kadang-kadang mereka letak atas mejanya. Cullen anggap itu perkara biasa.

Selesai je kemas dan pastikan semua selesai. Cullen terus bergerak keluar, sampai je di  keretanya, Jake menghampiri. “Hey Cullen...tunggu.” niat Cullen untuk menghidupkan enjin terhenti. “Hey Jake... Kenapa Jake? Apa yang aku boleh tolong?” soal Cullen. “ermm....hihihi aku just nak tanya aktiviti perkhemahan tu boleh aku join tak?” Jake tersengih-sengih sambil mengaru kepala. Cullen Cuma tersenyum. “boleh saja kau join. Lagipun nama kau aku dah letak. Nak tunggu kau mesti lambat.” Cullen sememangnya tahu sikap lupa Jake, lagipun Jake sibuk dengan perlawanan bola sepak. “Betul ke Cullen aku boleh join? Thanks a lot Cullen.” Jake menjerit keriangan, kerana keinginannya untuk sertai tertunai.

Cullen hanya memerhati dan terus menghidukan enjin keretanya. Dia ingin cepat-cepat sampai ke rumah, kerana banyak benda ingin disiapkan untuk perkhemahan esok. Sampai di rumah Cullen melihat mama dan papanya sedang bersantai di taman bunga bersebelahan dengan tempat parking rumahnya. “Cullen macam mana kelas hari ini?” macam biasa pasti mamanya akan menyoal aktivitinya, itulah rutin yang tidak pernah mamanya lupakan. “macam biasa, lagipun esok dah mula cuti musim panas ma” Cullen merapati mamanya dan mencium pipi mamanya. Cullen duduk dikerusi sebelah mamanya, “Pa, awal nya papa balik? Tak kerja ke hari ni papa?” soal Cullen pada papanya. “Papa balik awal sebab nak luangkan masa dengan mama kamu. Papa balik awal pun kena soal juga.” Jawab papanya selamba. Mamanya sentiasa terhibur dengan keakraban Cullen dengan suaminya. Senyuman Cullen diwarisi oleh papanya.

“Ok papa. Ok lah mama, Cullen masuk rumah dulu, nak kemas barang untuk perkhemahan minggu ni.” Cullen meminta diri. “Cullen jangan lupa nanti bawa teman wanita balik dari perkhemahan tu nanti.” gurau papa Cullen. Cullen hanya mampu mengeleng. Dia tidak pernah terfikir untuk mempunyai teman wanita. Walaupun ramai yang meminatinya, itu tidak bermakna dia boleh bercinta dengan siapa saj. Dia juga bukan seorang yang memilih. Dia bukan seperti manusia biasa diluar sana. Rahsia yang tiada siapa pernah tahu. Sampai dibilik, perkara pertama yang bakal Cullen buat adalah untuk berbaring di atas katil untuk menghilangkan penatnya. “arghhhh....penatnya” dapat dirasakan kepenatan sepanjang harinya. Rasa ngantuk mula datang, sehingga Cullen terlelap.

Tiba-tiba Cullen sampai di sebuah taman yang cukup indah. Kelihatan seorang gadis tidur diatas buaian, membuatkan Cullen tertarik untuk mendekati gadis tersebut. Cullen akhir betul-betul berdiri di hadapan gadis tersebut. Tiba-tiba gadis tu terjaga dari tidur, membuatkan Cullen terkaku. Pandangan mereka bertembung. Gadis itu tiba-tiba menjauhi Cullen dan terus hilang dari pandangan. Cullen ingin menyapa tapi tidak sempat. Sungguh dia ingin berkenalan dengan gadis itu, tapi apakan daya gadis tu hilang. “adoiiii.....” tiba-tiba Cullen mengadu kesakitan, keadaan sekitar mula gelap dan membuatkan Cullen tersedar. Rupa-rupanya dia bermimpi. Setiap kali tidur pasti dia akan mimpikan gadis tu. Pandangan itu tak pernah hilang dari ingatannya.

VAMPIRE LOVE

VAMPIRE LOVE

SINOPSIS

Mengisahkan Anne yang ingin mengubah cara hidupnya dari menjadi vaillin vampire hanya kerana jatuh hati dengan seorang pemuda yang bernama Cullen. Tapi Anne tidak tahu Cullen juga merupakan seorang vampire yang hidup dalam dunia manusia. Pertemuan mereka yang pertama di hutan simpan Forest sewaktu perkhemahan kolej Cullen,telah membuatkan Anne jatuh hati. Sepanjang perkhemahan Cullen, Anne sentiasa memerhati dari jauh. Setiap kali Cullen bangun pagi, pasti ada sekuntum bunga dihadapan khemahnya. Cullen menyangka ada pelajar lain yang cuba menyakatnya tanpa mengetahui pekara sebenar. Demi mengetahui siapa yang ingin mengenakannya itu, Cullen berjaga sepanjang hari dalam khemah. Seperti biasa Anne meletakkan sejambak bunga dihadapan khemah Cullen tanpa menyangka dirinya diperhatikan oleh Cullen. Sungguh Cullen tertarik dengan keindahan gadis itu. Cullen mengikuti Anne. Tapi Anne dapat merasakan dirinya diperhatikan dan diikuti. Anne terus hilang dari pandangan Cullen membuatkan Cullen tercari-cari sehingga dia tersesat. 

Apakah yang terjadi kepada Cullen dan kemana hilangnya Anne???????

erm apa akan jadi klau jahat bertemu baik?
bagaimana jahat dgn baik nak bersatu?

next coming story
vampire love

(p/s: gara2 bosan sgt smpai rasa tbe2 nk jadi vampire lak.... hiihihi ilang akal kjap)

Jumaat, 27 April 2012

CITER PENULIS (edit)

Mengisahkan kehidupan remaja masa kini yang penuh dengan cabaran melalui watak seorang gadis remaja.

“Arrrrgggghh.....”bergema seluruh kamar dengan jeritan Hana. Itulah yang sering terjadi jika Hana mengamuk atau tak puas hati. Itu cara Hana menunjukan perasaannya. “Wei Hana, kalau kau nak ngamuk sekali pun jangan sampai buat aku terkejut,” marah Lia kerana fokusnya utuk menulis terganggu. Lia merupakan teman baik Hana dan merangkap teman sebilik. Pertemuan dua rakan baik ni bermula dengan pertemuan yang sungguh melucukan. Dimana mereka masuk ke dewan kuliah dengan memakai baju kurung yang sama. Sampai ada yang kata mereka ni macam kembar. Tapi mereka sendiri tak sangka bukan setakat baju je boleh sama tapi minat dan cara mereka memang seiring. “Kali ni apa pula yang kau tak puas hati Hana? Cuba kau citer kat aku ni?”soal Lia yang suka medengar rungutan dan bebelan Hana. “kali ni aku tak puas ati dengan Prof.Razak tu la, ada ke patut dia menangkan si Man bajet tu. Dia kata Man punyer keje tu lebih ok dari aku punya. Itu aku angin je ari nie.”habis tersembur semuanya bukan air liur tapi marah cik Hana tu. “Ohh..pasul tu je ke yang kau nak ngamuk sampai nak runtuh bilik nie. Kau nak dengar tak nasihat aku?”soal Lia. Mesti lah aku nak dengar nasihat kau. Kau kan teror bab-bab nasihat orang ni.” Hana memang suka dengar nasihat Lia sebab semua boleh pakai. Tapi Hana tak tau muslihat yang sedang dimainkan Lia. “Ish..cepat la bagitau apa nasihat nye?” Hana mula geram dengan Lia yang suka menguji kesabarannya. Dia memang tak suka menunggu dan ditunggu. “Ishh budak ni kang aku tak nak bagitau baru kau rasa. Kejap la biar aku pikir apa nasihat yang patut aku bagitau kau.” Dia mengaru kepala yang tak gatal itu untuk menguji kesabaran Hana. Dia memang suka tengok muka Hana bila mendesak macam budak kecik yang nakkan gula-gula. Kalau tak dapat nak ngamuk bukannya nak usaha sendiri  itulah perangai remaja zaman sekarang yang nak kan sesuatu tapi tak usaha sendiri. “Lia cepat la bagitau kang tak pasal-pasal roti ni aku sumbat kat mulut kau kang.”tahap kesabaran Hana dah memuncak seperti tunggu saat gunng Merapi meletus.Memang ada je yang akan terkorban dengan Hana sekejap lagi. ‘encik roti bersabar je la kau ye..kejap lagi tau la Lia lagit tu tinggi ke rendah’Hana berdisksi di dalam hatinya sambil memandang roti yang bakal di sumbat ke mulut Lia. Dia mula tersenyum kambing dan memandang Lia. Lia masih tidak dapat menghidu apa yang bakal terjadi kepada dirinya nanti. “Eleh setakat roti tu kau sumbat aku telan la aku pun tak makan lagi ni, bukan senang orang nak suapkan aku time tengah sihat-sihat ni.hahaha..” Lia membuka mulutnya tanda mencabar Hana. Hana yang tercabar pun apa lagi dia sumbat la sekeping roti ke dalam mulut Lia. Terkejut Lia bila Hana betul-betul sumbatkan roti. Tapi yang memelikkan Lia ialah Hana yang gelak sakan. “Woi asal kau gelak teruk sangat ha?” soal Lia yang kehairanan dengan keadaan Hana yang dah kelihatan tidak waras hanya disebabkan sekeping roti. “haha...macam mana aku tak tergelak .....kalau...hahaha.. aku tak nak cakap la” Hana tak dapat meluahkan apa yang nak dikata kerana baginya keadaan Lia sekarang sungguh mencuit hati. “Cuba kau tengok sendiri rupa kau kat cermin” ucap Hana kepada Lia. Ini membuatkan Lia lagi hairan. ‘sah budak ni dah ilang akal  x kan la setakat sumbat roti kat mulut aku nak tengok cermin. Alamat aku pun bakal gila la kalau ikut cakap dia’ bicara Lia dalam hati. ‘Dah-dah la Hana aku nak gi mandi lagi bagus, malas aku nak layan kau” balas Lia yang sudah penat dengan sendiwara Hana. Lia terus mengambil tualanya lalu ke bilik mandi. Manakala Hana pula mula mengira tapi tidak diketahui apa yang dikiranya “1...2...3...”. “Argh............Hana aku benci kau.” Kedengaran jeritan Lia  sampai ke telinga Hana. Itu membuatkan Hana tergelak sampai jatuh dari kerusi. Dia dah agak apa yang akan terjadi.Penghuni puteri yang melalui di depan bilik mereka sudah dapat meneka apa yang terjadi kerana mereka tau kenakalan Hana. Itu lah akan terjadi setiap hari. Kak Sue yang baru nak masuk pun mula meneka apa pula yang terjadi kali ni. “Ish korang ni asal bising-bising ni sampai kat luar akak boleh dengar?” Tiba-tiba terpancul Kak Sue depan pintuk bilik. Hehe...Kak Sue. Sori la sebab bising. “Hana gelak la sebab Lia terjerit kat dalam toilet tu mungkin sebab cicak kobeng kot jatuh kat dia la tu.”balas Hani sambil membayangkan gelagat Lia yang memang fobia dengan cicak. “Ha yela tu macam akak nak caya cakap kau. Cepat bagi tau kenapa Lia jerit kat dalam tu?” soal kak sue kembali kerana hairan. Tak kan la sebab cicak dia jerit sampai gegar bangunan asrama puteri ni. Ini mesti kerja Hana ni buat Lia marah. Dulu pernah sekali Kak Sue tengok Lia merajuk dengan Hana dan bila Kak Sue tanya Lia,

Lia kata “macam mana Lia tak marah Hana ada ke patut dia bagi tau kat Farid   tu yang Lia suka kat Farid tu. Dah la Farid tu muka poyo pakai baju kemeja butang sampai kat leher. Ei tak nak la Lia dengan Farid tu” Lia tak dapat nak bayangkan. Kak Sue yang dengar pun tak dapat bayangkan kalau Lia dengan Farid. “Ha Kak Sue jauhnya melambung dia berangan. Kak Sue berangan apa Kak Sue?” soal Hana yang memandang Kak Sue yang tersenyum sorang-sorang tu. Budak ni bukan leh caye sangat kang aku pun jadi macam dia. “Jangan nak ubah topik lak. Apa yang akak ingat itu akak punyer citer. Cepat bagitau apa dah jadi kat Lia tu”soal Kak Sue kembali. “Ala nanti akak tau la bila Lia keluar nanti.”Hana bermain tarik tali dengan Kak Sue. Beberapa minit kemudian Lia keluar dengan muke kebengangan yang tak mampu nak di kata. “ha keluar gak Lia dari toilet tu. Apa yang lama sangat duduk dalam toilet tu?” soal Kak sue setelah melihat Lia yang keluar dari toilet. “Sori la kak tadi Lia tidur dalam toilet tu yang lama tu.” Saja Lia kenakan Kak Sue. Aku dah agak dah kalau tanya berbudak nie mesti ni la jawapan yang diorang bagi kat aku. Kak Sue sudah mengenali mereka lebih dari 6 bulan. Dia senang dengan kegilaan budak-budak ni. Kerana terubat rindunya terhadap adik-adiknya. “Kalau akak nak tau tadi waktu Lia masuk toilet Lia terkejut sebab ada sebuk roti dalam hidung”jawab Lia sambil menjegil matanya pada hana. Hana menunjukan gaya  terkejutnya seolah olah dia tidak bersalah. Itu membuat kan Lia cukup bengang hingga ke langit ketujuh. Tanpa disangka Hana dan Lia. “hahahaha... korang ni memang suka buat lawak.Hahaha...adoi lucu betul la korang dan tak dapat akak bayangkan macam mana boleh ada serbuk roti kat idung kau ,Lia.” Kak sue tak mampu menahan ketawanya. “Ish Kak Sue ni bukan nak backup Lia pun. Eii..benci la” Lia mula menunjuk tanda memprotes. “Ala-ala adik akak sorang ni nak majuk pulak kang akak suruh Farid pujuk nak x?” Kak Sue sengaja mengenakan Lia. “Ei tengok tu...ei Kak Sue ni... benci betul la.” Lia rasa kekejaman sudah bermula keatas dirinya. ‘ Ya Allah kau selamatkan la hamba mu yang lemah ini.”Lia berdoa agak dirinya diselamatkan dari mereka berdua. “Ala Lia sabar la. Akak gurau je la jangan la sampai buat muka macam citer Pasrah lak.”Kak Sue mula memujuk Lia tapi tetap mengenakan Lia lagi. Itu lah keseronokkan bila dapat join 2 kaki dengan berbudak ni. Lebih seronok dari ponteng kelas komputer Prof. Zam.

(p/s:Hehehe tapi tak leh nak kutuk sangat kang terkena batang idung sendiri kang.huhu.... )

Tapi lega la sepanjang ponteng kelas tu tak pernah kantoi dengan Prof. Zam sebab sumer kerja kuliah pasti beres seperti yang dia nak. Itu kelebihan kalau Hana kalau ponteng sebab dia akan ada assistant yang memberikan note iaitu Lia. Hana jenis yang kurang dengan nak dengar pensyarah membebel kat depan tu. Tapi bab kerja yang diberi Hana la yang paling bagus dalam setiap assignment. Sebab itu Lia tidak kisah kalau Hana ponteng kelas tapi xde la kerap sangat Hana nak ponteng. Lia pula jenis yang memang suka pergi kuliah kalau ada hari yang xde kuliah Lia akan ajak Hana ke perpustakaan untuk study. Hana jenis ikut je tapi bukannya dia study pun, yang dia tau buat taik mata je.
.

Khamis, 26 April 2012

sinopsis CIK DIARI HATI

ISBN 978-967-365-110-8
Sem. Malaysia RM17
Sabah/Sarawak RM20

“Sorry, bang!”
“Apa abang-abang? Saya nak awak basuh kasut saya yang awak pijak ni! Esok petang saya nak kasut ni kering!”

Entah kenapa hanya kerana sepasang kasut Vans berwarna putih, Shafwan Zakuan mula melancarkan perang dengan Aina Azzalea.

“Hei! Saya tak terima ni! Baju tu dah jatuh, dah kotor. Basuh balik!”

Selalunya apa yang akan terjadi apabila senior bertemu junior? Ya… Buli! Hanya kerana satu kesalahan, memijak kasut putih Vans Shafwan, merebak pula ke kesalahan yang lain. Bertubi-tubi denda yang dikenakan oleh Shafwan si pelajar tahun tiga. Azzalea harus menurut perintah kerana dia masih di dalam minggu orientasi dan Shafwan itu Ketua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di kolejnya.

“Kaki encik yang tendang, jadi suruh kaki encik yang basuh balik baju-baju encik yang bau luluk ni!”

Dalam menurut perintah, Azzalea melawan juga. Itu yang membuatkan Shafwan sengaja mahu menaikkan darah Azzalea kerana dia geram pula apabila Azzalea boleh menjawab dan wajahnya selamba. Bagi Azzalea, segala protesnya biar Cik Diari Hati sahaja yang tahu.

Hubungan mereka tidak berakhir selepas tamat minggu orientasi. Bermula dengan nota misteri, gaduh-gaduh manja antara mereka, semakin parah dan berantakan pula jadinya. Semua itu angkara Ferdi. Ferdi tidak mahu hubungan mereka tamat di situ sahaja. Sebelum apa-apa terjadi, dia mahu melunaskan satu misi. Lalu, rancangan mula diatur.

Bila bunga-bunga bahagia kelihatan, ada pula yang tidak senang. Rihana mengatur rancangannya pula, untuk memisahkan mereka berdua. Bila kecewa menguasai Azzalea, dia terlupa diari kesayangannya tercicir di laman. Semua rahsia hati sudah terjawab kini. Diari itu sudah tidak boleh dipanggil diari lagi. Si pembaca tersenyum dan cuba menawan kembali hati si pemilik diari. Mungkinkah episod cinta bermula? Atau yang belum mula akan berakhir? Cik Diari Hati ada jawapan...
.

sinopsis HIKAYAT CINTA

Apy Elina, wanita yang menyimpan cita-cita tinggi untuk memimpin pasukan bola keranjang suatu hari nanti. Apabila cita-citanya itu direstui oleh ibunya, dia mengambil keputusan nekad untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Akan tetapi, terdapat halangan yang perlu ditempuhi.
“Aku tak sangka, nak cari kerja lebih susah daripada cari calon suami. Dan aku tak tahu apa kena-mengena dengan umur 25 tahun dengan kerja yang ditawarkan. Mungkin aku berusia 25 tahun, tapi itu tak bermakna aku dah tua. Angka tak bermakna apa-apa!”
Orang kata, jikalau ada usaha, di situ akan ada jalan. Akhirnya, dalam masa yang singkat, Apy Elina berjaya mencapai apa yang dihajati apabila The Legend menawarkan jawatan jurulatih kepadanya. Dia sangka, cerah sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kemunculan Adam Alexander dalam hidupnya benar-benar menguji kebolehannya memimpin The Legend. 
“Mak cik, aku tak perlukan nasihat kau. Tak ada apa yang boleh halang aku daripada terus main bola keranjang.”

Demi cita-citanya, dia perlu jinakkan Adam Alexander, walaupun dipanggil mak cik. Misinya tidak semudah yang disangka apabila Adam Alexander mewujudkan tembok yang tinggi, yang sukar untuk dipecahkan dari luar. Bermula pada itu, dia mula mengenali lelaki itu secara dekat dan tanpa disedari lelaki itu berjaya mencuri hatinya. Antara cita-cita dan cinta, manakah yang menjadi pilihannya? Dan, mungkinkah Adakah Adam Alexander membalas cinta mak cik sepertinya?

.

sinopsis cerita cinta kita

ISBN 978-967-365-116-0
Sem. Malaysia RM22
Sabah/Sarawak RM25

Humayra, gadis biasa yang tanpa sedar dapat mengubah sikap yang dulu begitu teguh dalam diri Hasif Harraz. Gadis yang memang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Hasif Harraz. Gadis yang seboleh mungkin mahu meletakkan dirinya di hati Hasif Harraz. Tapi, siapa dia mahu mencorak hidupnya sebagai isteri andai lelaki yang dipuja tidak sudi.

Dendam lama dan harta, dua sebab utama Hasif Harraz bersetuju menerima Humayra sebagai isteri. Jika diturutkan rasa hati, wajah perempuan itu tidak mahu ditatapnya. Namun, sedalam mana benci yang ditanam dalam hati? Dia sedar, dia takkan mampu mengatasi rasa cinta yang semakin bercambah. Dia mula menyayangi Humayra.

“Demi Allah, abang cintakan Mayra!”

Andai dua mata saling bertatapan, dua hati saling menyimpan rasa, mana mungkin rasa sayang itu tiada. Kasih disulam, cinta disemai. Namun, saat kebahagian mula dikecapi, satu rahsia terbongkar. Hati Humayra terluka. Kemaafan buat Hasif Harraz bagaikan tiada. Kehadiran Ridwan dan Camelia makin menambah kerumitan yang ada.

“Sayang awak dah tak ada maknanya pada saya!”

Apakah rahsia yang terbongkar itu? Siapa Ridwan dan Camelia dalam hidup Humayra dan Hasif Harraz? Mampukah Humayra menghulurkan kemaafan kepada Hasif Harraz? Apakah Hasif Harraz akan berusaha menambat kembali hati si isteri yang sememangnya telah lama bertakhta di hati? Adakah cerita cinta Humayra dan Hasif Harraz yang baru bermula, akan terkubur begitu saja?

jangan lupa jadikan novel ni sebagai koleksi korang sume
.

novel2 terbitan FAJAR PAKEER

hari ni nak promote novel dari FAJAR PAKEER
tak rugi kalau membaca 
kerana ia amat menarik
bagi yang suka baca novel.
jadikanlah koleksi dari FAJAR PAKEER
sebagai koleksi korang juga

antara novel yang boleh dimiliki ialah:

.

Isnin, 16 April 2012

CARA MEMOHON SPA

SELAMAT MEMBACA

ramai yang tanya macam mana nak mohon...
jadi addin amik keputusan  terangkan melalui entry kali ni

1. klik link ni untuk tengok portal SPA  http://www.spa.gov.my/Portal/

2.bagi yang baru nak mendaftar klik  http://putra3.spa.gov.my/online/borang8i/v2/daftar_baru.jsp?new=y

3.bagi yang dah daftar just daftar masuk je http://putra3.spa.gov.my/online/BORANGSPA8I

4.bagi yang nak sema keputusan klik http://putra3.spa.gov.my/online/BORANGSPA8I  pas isi, klik kat semakan belah kiri atas

tu je step yang perlu korang buat.....

PLEASE VOTE NEESA

http://abcdefykalavera.blogspot.com/2012/04/tempat-mengundi-top-20-contest-blog-ala.html
please VOTE NeeSA  dengan klik pada 
no.18...http://hanisahmohamad.blogspot.com/

setiap klik korang amat bernilai untuk NEESA

Ahad, 15 April 2012

CARA CUCI MUKA

saya pun kadang bedal je nak cuci muka....sbb kadang2 x sempat...tapi bila sedar kebaikan cuci muka dengan betul....rasa terus nak follow...hihihi tapi kadang2 termiss juga....macam kulit saya xleh pakai toner atau pelembab nanti gatal2

Ini Adalah Cara Mencuci Muka Yang Betul

Langkah 1. Cuci Tangan

Cuci tangan sebelum membersihkan muka, memakai makeup atau memegang wajah Anda. Tanpa disadari, sangat banyak bakteri yang menempel di tangan Anda, dan jika tidak dibersihkan, bakteri dan kotoran yang menempel pada tangan boleh berpindah ke wajah Anda. Gunakan sabun antibakteri dan cuci tangan secara perlahan dengan air hangat.

tapi ingat nak cuci tangan kne guna cara yang betul

Langkah 2. Ikat Rambut Anda
Dengan mengikat rambut, selain lebih mudah membersihkan, wajah anda juga akan terhindar dari kotoran yang mungkin menempel pada rambut.

kalau x pun pakai hair band 

Langkah 3. Bersihkan Makeup
Jika menggunakan makeup, ada baiknya jika anda membersihkannya dahulu dengan makeup remover sebelum mencuci muka, agar pencuci boleh bekerja lebih efektif. Pilih makeup remover berformula lembut, yang sesuai dengan kulit anda. Bersihkan bahagian mata terlebih dahulu.

lagipun kalau sepanjang hari bermake up kulit x dpt oksigen dgn cukup..boleh menyebabkan kulit kusam

Langkah 4. Membasahkan Muka
Percikkan sedikit air hangat ke wajah agar pori-pori lebih terbuka. Dengan begitu, pencuci boleh membersihkan lebih mendalam.

Langkah 5. Menggunakan Pencuci Muka

Letakkan sedikitt pembersih di telapak tangan atau sponge. Gosokkan di telapak tangan hingga berbuih, dan usapkan secara lembut dengan jari-jari tangan atau sponge ke seluruh wajah, mulai dari dahi, hidung, pipi, dagu hingga leher. Picit secara lembut wajah anda dengan gerakan memutar selama beberapa minit.
Yang perlu diingat, jangan terus membilas setelah memakainya, biarkan formula pembersihnya meresap ke dalam kulit selama beberapa menit (biasanya 1 atau 2 minit).

Langkah 6. Membilas
Basuh muka dengan air beberapa kali hingga sisa-sisa sabun tak terasa lagi di wajah. Gunakan air dingin agar pori-pori tertutup dan melancarkan perjalanan darah. Kemudian, keringkan dengan kain bersih.

Langkah 7. Gunakan Toner
Bagi anda yang memiliki wajah berminyak, sangat disarankan menggunakan toner wajah setelah mencuci muka. Toner berfungsi membersihkan sisa makeup, kotoran dan minyak yang mungkin masih tertinggal meskipun telah dicuci dengan sabun muka. Toner juga berfungsi mengecilkan pori, menghilangkan minyak dan menjernihkan kulit. Usapkan toner secukupnya ke wajah dengan kapas.

Langkah 8. Lembapkan Kulit
Oleskan moisturizer atau face cream berbahan dasar air setiap kali membersihkan wajah, agar wajah selalu terjaga kelembabannya. Pastikan juga agar anda menggunakan pelembap yang sesuai jenis dengan jenis kulit muka anda.

last tips.....jgn bercakap ketika cuci muka...orang kata nanti muka berkedut...

ni saya kongsi dari SESALJU BAYU

PETUA KECANTIKAN ISLAM

tadi macam biasa melawat blog...tiba terlintas nak cari petua untuk kulit muka ni jadi terjumpa la laman ni

a. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad  s.a.w. 3 kali.

b. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

c. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

d. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

e. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

f. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

g. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

h. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

i. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

j. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

k. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

untuk ketahui banyak lagi boleh la ke e.petua.com

Sabtu, 7 April 2012

SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ing in? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

Isnin, 2 April 2012

tido

simple je post kali ni
sme mcm tajuk nyer
aku memang tak leh nak tido