Rabu, 22 Februari 2012

serangan gastrik

warghhhhh.....adoiyai sakit nyer bila kena gastrik
rasa macam nak guling2 je kat lantai ni...
nape la ko menyerang lagi... alahai time2 aku tinggal ubat kat umah la
kau nak datang blik ye sakit...
lega semalam x jadi aku nak wat citer hindustan
sebab ada cik abang bagi ubat suruh makan
kalau x mesti masuk hospital
adoiyai....adoiyai....adoiyai

Isnin, 20 Februari 2012

My Love Is Playgirl

Puteri Laila merasakan kehadiran Hasrul dalam hidupnya 

bagaikan satu bala apabila musibah sering menimpanya

 setiap kali lelaki itu mendekatinya. 

Kisah gila-gila mereka berterusan apabila Puteri Laila mendapat tahu

 Hasrul sebenarnya mempunyai pertalian persaudaraan dengannya. 

Megat Kamarulzaman, iaitu ayah Puteri Laila telah jatuh miskin 

dan mempertanggungjawabkan Hasrul menjaga Puteri Laila

Dapatkah Puteri Laila tinggal bersama Hasrul di rumah yang sangat uzur itu? 

Bagaimana Hasrul menghadapi perangai Puteri Laila yang gila-gila bahasa itu?

Akhirnya Aku Kahwin

Didi - gadis comel yang periang.

 Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya.

 Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. 

Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. 

Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan.

Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. 

Katakata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu 

menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. 

Sesuka hati saja memanggilnya Debab. Berhadapan dengan lelaki itu, 

dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom. 

Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. 

Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? 

Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya.

 Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, 

lebih baik berchatting dengan Terhangat Di Pasaran. 

Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. 

Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?

Kampung Girl

PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” -Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

Awak Suka Saya Tak?

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha
 
Usai..Aku Terima Nikahnya

Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga.

Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka.

Dalam masa yang sama muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'puterinya' tersenyum bahagia semula.

Dia tidak berputus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya, apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih....

Puteri : "Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun, yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah..."

Abang Is : "Kau bukannya yang pertama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..."

Khalif : " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku...."

Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai.... Aku Terima Nikahnya

Pabila CInta Memanggilku

Yang Ayesha : “Adam bukan saingan, ini bukan medan untuk bersaing, hadiah tropinya bukan saya. Saya tak mahulah sebab saya adik beradik bergaduh. Kalau macam ni dari awal saya tahu, saya tak dekat dengan sesiapa pun, Adam ataupun awak.”

Adam Harith : "Nak ajak kahwin saja pun susah, macam mana nak menentang makhluk macam ni? Atau awak sayang Irfan lagi dari saya? Awak suka semua ini berlaku, Yang? Dua orang serentak menyayangi awak?"

Amirul Irfan : "Awak ni memang degil lah Sya, tapi takpa, kalau Adam boleh buat awak jatuh cinta, saya pun boleh juga. Kita tengok nanti...”

Siapa pilihan Yang Ayesha? Irfan atau Adam?

Pabila Cinta Memanggilku : Cinta itu menyakitkan apabila mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, Cinta itu lebih menyakitkan apabila mencintai seseorang tetapi tidak berani menyatakan cinta itu!

Kau Laksana Bulan

"Aku tidak melihat cintamu dengan sepasang mataku... Aku menyuluhnya dengan mata hatiku"

 Bagi saya Adrianna ni seorang manipulator. Dia
impikan seorang kekasih yang handsome macam Syafik dan yang romantis macam Razif. Tapi Firas yg muncul tidak memiliki kedua-duanya tapi ada sesuatu yg memikat Adrianna. Takdir menemukan mereka dan terlalu byk kebetulan antara mereka spt nama character dan kerjaya watak utama utk novel terbaru Adrianna adalah sama dengan Firas.
Berbalik kepada isu Adrianna sbg manipulator. Dia terpikat dgn Syafik sbb dia hensem. Dia terpikat dgn Razif sbb Razif hensem dan pandai berpuisi dan bermain dgn kata2. Syafik dan dia terpisah bila sambung belajar. Razif meninggal dunia.. membawa pertemuan dgn Firas, seseorang yg tidak memenuhi character idamannya tetapi Firas mempunyai senyuman menarik dan peribadi yang baik. Adrianna menggunakan Firas utk mencari maklumat bagi menyiapkan novel terbarunya. Firas kecewa bila tahu dia dipergunakan. apabila kehilangan Firas baru Adrianna tahu dia kasihkan Firas, semasa itu dia mempergunakan Eizlan utk
mengubat hatinya.

macam mana la Adrianna ni. Bila dia dan Firas kembali berbaik, Adrianna bertindak bijak dengan menceritakan semua sejarah silamnya dgn syafik, Razif dan Eizlan. Firas menerima dengan senang hati kerana Adrianna tidak lagi berahsia dgnnya tapi bila Razif yg disangka mati muncul kembali, Adrianna tersilap langkah kerana tak berterus terang dengan Firas meragut kepercayaan firas buat kali kedua. 

Yg thrillernya adalah watak Eizlan yg mula obsess dengan dengan Adrianna. Dia jadi peminat fanatik yang ada masalah mental. Adrianna diburu seperti watak-watak utama dalam novelnya... watak Eizlan memang misteri dan memang tak sangka langsung siapa Eizlan sebenarnya.. kena baca la kalau nak tau.

Syafik seorang lelaki yg tidak berpendirian, byk mengikut telunjuk ibunya yg mementingkan status. syafik hampir2 bertunang dgn Adrianna tapi ibu syafik tak suka sbb Adrianna ni tak der kerja tetap, hanya seorang penulis novel. tapi biler novel2 nya meletup di pasaran dan mendapat liputan media, barula terhegeh hegeh nak masuk meminang tambah2 biler tengok Adrianna membesarkan lagi rumah kediaman keluarganya 

Cinta Kontrak

"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.
Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.
Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat besar.
Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.
Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?
"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.

Ahad, 19 Februari 2012

Demi Cinta Ini

Myra Malissa Mohd Hakim 

yang sejak dari kecil hanya mengenali Haji Dasuki dan keluarga.

Hidupnya menjadi teka-teki 

apabila Haji Dasuki sendiri tidak mahu menceritakan siapa dirinya yang sebenar. 

Myra berjaya dalam misinya 

tetapi Myra juga berjaya membongkar satu rahsia yang menghiris dan 

menghancurkan kasihnya. 

Kisah cinta Danish dan Myra dicemari oleh onar Tan Sri Johar yang tidak mahu 

menyatukan mereka. 

Bagaimanakah dengan kasih Danish terhadap Myra?

 Sanggupkah dia melukakan hati keluarganya demi cintanya 

pada Myra?

Pencuri Cinta

Safuan dan Laila dijodohkan atas pilihan keluarga,
 kedua-duanya mempunyai sejarah silam dikecewakan oleh cinta masa lalu.
Pada saat keduanya mahu memberi peluang 
kepada hati mereka untuk menerima cinta antara satu sama lain 
muncul semula cinta lama.
 Natasha muncul semula ke dalam hidup Safuan 
untuk menebus kesilapan lama
 dan mahu memenangi semula cinta Safuan. 
Sementara Hafiz muncul kembali untuk Laila 
dan bertekad mahu menjadikan Laila isterinya yang sah 
walaupun dia sudah mempunyai isteri. 
Namun perjalanan takdir melukis kisah yang lain
 apabila Safuan ditakdirkan bernikah dengan Laila 
dan Natasha serentak.

Sayanku CASPER

Tia Adila gadis yang sering dibuli emak dan kak tirinya. Demi amanat si granny, Tengku Rafique, seorang anak muda sampai ke Kuala Lumpur untuk mencari cucu Madame Marianne yang hilang sejak kecil. Adelia de Casper mahu segera dijejaki untuk menghalang niat jahat daddynya. Kerana tidak tahan dengan perbuatan emak tirinya, Tia Adilia mengambil keputusan melarikan diri. Bukan dekat tapi ke Paris! Tak disangka-sangka Tengku Rafique juga menaiki penerbangan yang sama ke Paris lalu bermulalah perjalanan Tia Adilia yang penuh dengan kejutan, kebahagiaan dan cinta yang tidak lagi berakhir sepantas angin.

"Zaman moden macam ni pakai prepaid lagi ke?
Miskin betul! Tinggal seringgit pulak tu.
 Nak buat calling macam mana ni?" -Tengku Rafique

Tia Adila terpanar. PAnas hatinya mendengar kata-kata lelaki itu.
"Ingat aku ni sengkek sangat ke? Tolong sikit ya!
Kalau semua penculik-penculik di Kuala Lumpur kenal siapa 
ayah aku, berderet-deret mereka semua nak culik aku untuk
 menuntut tebusan. Masa tu baru kau tahu."- Tia Adila

"Jangan-jangan awak sengaja, kan? Campur yang ini dah tiga kali
 awak jatuh atas saya.Saya ni lelaki, bukannya malaikat. Kalau lagi
 sekali awak buat macam ni, saya rasa saya kena kawin
 dengan awak." -Tengku Rafique

derma darah

assalamualaikum pembuka bicara
bermula saya membuka cerita

16hb feb 2012...
aku dengan kawan2 derma darah
mula-mula takut juga nak derma
tapi bila pikir balik
sampai bila nak takutkan

mula-mula doktor x bagi derma darah
sebab tidur x cukup
n tekanan darah pun agak
rendah cikit

tapi alhamdulillah doktor bagi jugak
tapi just leh derma ckit je