Isnin, 28 Februari 2011

CiTer peNuLis samb 3

RAHSIA DI SEBALIK MALAM

Hari ni kecoh satu universiti pasal kejadian semalam, masuk je dewan kuliah  Hana di jadikan bahan bualan. Mana tak nya budak perempuan yang paling berani boleh pengsan sebab nampak hantu. Bila pandang papan putih kat depan, penuh lawak bodoh yang Man tulis. Memang sebal hati Hana, rasa macam nak balik je tapi kalau dia balik memang kena lagi teruk la dengan Man tu. ‘Arggghhhhh aku benci kau Man. Tau la kau nanti balasan aku” mrah dalam hati Hana. “Kalau la aku berani semalam dah lama aku sekeh-sekeh hantu tu.”bebel Hana kegeraman dengan hantu semalam tu, Lia hanya pasang telinga dia tak berani nak masuk campur bila Hana perang dengan Man. Takut nanti dia pula jadi korban.Hana memang tak dapat lupakan kejadian semalam, mana taknya bukak je selimut hantu tu sergah tapi sempat dia bagi penampar dekat  hantu tu. Lepas tu terus gelap pandangan Hana. “Wei betul ke semalam ada budak pengsan nampak hantu...Haha... depan –depan nampak berani tapi sebenarnya penakut...”sindir Man bajet musuh Hana yang memang saja cari nahas tapi Hana buat tak dengar. “Agak-agak la macam mana ye rupa kau man kalau aku sumbat pen ni kat kau?” Hana mula bersuara singa. Lia pula menikus senyap je. Paling parah bila Man buat-buat takut. “Ei takutnya aku... Mak tolong Man, ada orang buli Man.” Man mengejek-ejek Hana dengan gaya konon-konon dia takut. ‘Pemadam nasib kau la aku nak baling kau kat budak tu.’ arah hana pada pemadam, dia sudah bersedia untuk mulakan perang. Kesian pemadam yang tak bersalah tu, kalau dia boleh cakap dah lama dia marah Hana. Tapi kalau pemadam bercakap taubat Hana pengsan lagi. “Nah amik kau makan pemadam aku” Hana membaling pemadamnya ke arah Man tapi tak di sengajakan pemadam masuk tepat ke sasarannya. Kedengaran gelak tawa mereka yang bergitu mencuitkan hati. Pada waktu itu juga Prof.Zam masuk dia yang turut menonton kejadian pemadam terbang turut berasa lucu. Dewan kuliah kembali senyap. Paling best bila Man di minta keluar dari kelas kerana membuat kekecohan. Senang hati Hana yang melihat Man kena halau. “Baru padan muka kau Man.” Hana menjelir lidah tanda mengejek Man. Habis je kuliah Hana terus nak balik asrama manakala Lia ingin ke perpustakaan untuk mencari buku rujukan. Sewaktu melalui kawasan padang, Hana melihat Man dengan sekutunya gelakan sesuatu. Hana cuba pasang telinga untuk mendegar tapi bila apa yang di dengarnya sungguh di luar dugaan dia terus je cabut.

“Eh tu bukan Hana ke?” soal Hisham, sekutu Man yang melihat Hana berlari. “Ah lantak la dengan dia. Apa aku nak peduli dengan dia.”balas Man. “Eh Man kau tak risau ke kalau-kalau tadi tu Hana lari sebab dengar perbualan kita”tanya Hisham yang kerisauan, yang lain turut bersetuju. Mereka takut semua rahsia itu bocor. “Dah la tak payah pikir yang pasti rahsia ni kita je tahu. Kalau rahsia ni pecah, kita semua mati.”Man memberi amaran agar perkara itu hanya mereka yang tau. Tapi mereka tak tahu sebenarnya rahsia mereka sudah terbongkar. Mereka terus beredar untuk meraikan kemenangan mereka. Bukan kemenagan dalam harumkan nama universiti tapi kemenangan yang menjadi rahsia.

“Adoi..”Hana terlanggar seseorang. “Eh akak sorry kak tak sengaja.”Hana memohon maaf kerana terlanggar. “Ha ni kenapa Hana? Nampak kalut je, kene kejar hantu ke?” soal Kak Ina. “Ah...Ah..”balas Hana walaupun sebenarnya dia tak dengar pun apa yang kak Ina tanya. “Kak Ina tanya apa tadi erk?” soal Hana kembali bila melihat reaksi muka kak Ina yang pelik. ‘aku salah cakap ke tadi’Hana fikir balik apa yang dia kata pada kak Ina. “Tak..tadi akak tanya kenapa Hana kalut sampai langgar akak tadi?” Ina soal sekali lagi. “Oohh... Hana kalut sebab nak cepat jum akak la.” Jawab Hana. Ina pelik kenapa Hana nak berjumpa dengannya. Pasti sesuatu yang penting sehingga dia kalut semacam. Tapi apa dia? Apakah yang sebenarnya ingin disampaikan? Ina mula bermain soalan di fikirannya.

Ahad, 27 Februari 2011

aPa eRti KecewA

Semua orang ada hati dan perasaan. Indahnya manusia dilahirkan berperasaan. Tapi perasaan kecewa akan membuatkan seseorang beremosi teruk dan mampu memusnahkan pedoman lagi-lagi bagi yang gagal bercinta. banyak manusia akan kalah dengan emosi tersebut.

Ada yg menangis kerana kecewa dan ada yang sanggup mencederakan diri mereka. merka tidak berfikir panjang. Dan ini akan membuatkan iblis bersorak kegembiraan. 

Kecewa bercinta bukan bererti dunia sudah berakhir. 
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu 

yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah 
dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu 
melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.

(p/s: jika kecewa dekatkan lah diri kepada kekasih yang satu. Yang sentiasa bersama kita, berdoalah kepadanya agar bisa kita tempuhi perasaan kecewa itu.)

raGaM cUtI

 CUTI_CUTI ke BaLiNg

 bercuti dengan family...

 best sebab ada tempat penginapan
kemudahan penginapan utk semua tersedia
harga memang berpatutan

                                                  jom lepak-lepak bersama kawan-kawan
dekat kolam air panas

    panoraman yang menarik dan nyaman
sesuai yang ingin jauhi bandar dan tekan kerja

Sabtu, 26 Februari 2011

CiteR PeNuLiS samb 2

KEJADIAN YANG MENAKUTKAN

“Assalamualaikum” kedengaran suara dari luar bilik Hana mengejutkan Hana yang terkenang zaman persekolahannya dulu. “Waalaikumusalam.....”jawab Hana, Lia dan Kak Sue tapi tak ada sorang pun yang nak bangun buka pintu. Kalau nak tunggu Hana dengan Lia buka alamat kematu la orang yang tunggu tu. “Kejap-kejap nak buka pintu.” jawab Kak Sue yang dah bediri untuk membuka pintu. Bila pintu dibuka tak ada sapa pun. “Eh bukan tadi ada orang ke bagi salam?” soal Kak Sue yang kehairanan. “Orang tu dah balik kot Kak Sue sebab lama sangat tunggu tadi.” Balas Lia. Hana hanya mengganguk kepala tanda setuju dengan Lia. “Mungkin gak la...” balas Kak Lia lalu ingin menutup pintu. Tapi belum sempat pintu ditutup Kak Sue menjerit “Arghhhhhh....hantuuuu..jatuhh kau...” membuatkan Hana dengan Lia terkejut tapi masing-masing still dengan posisi masing-masing yang malas nak bangun. Tapi mereka pelik kenapa Kak Sue senyap. Lalu mereka bangun untuk melihat apa yang dibuat Kak Sue. “Lia cepat tolong aku angkat Kak Sue ni..” Hana yang sudah mendekati kak Sue terkejut kerana melihat Kak sue rebah di depan pintu. “Eh kenapa dengan Kak Sue ni Hana?” soal Lia yang kelihatan panik. “Ish...manalah aku tau. Kau tanya la Kak Sue nanti bila dia sedar.” Hana mula risau bila melihat keadaan Kak Sue yang tiba-tiba pengsan. ‘Mana ada hantu waktu macam ni. Baru pukul 10.45 malam, lagipun malam ni malam...eh malam ni malam jumaat lupa lak aku ni’kenyataannya itu membuatkan dirinya meremang. “Eh Lia kau pergi panggil roommate Kak Sue.” Arah Hana setelah mereka membaringkan Kak Sue. “Ok..ok aku gi panggil Kak Ina kejap” Lia terus berlalu keluar. ‘Alamak aku tinggal sorang la pulak jaga Kak Sue ni. Ish dah la bilik Kak Sue tu jauh sikit. Adoiyai Lia cepat la sikit kau balik...Aduh’ Hana mulai risau bila dia bersendirian. Hana yang takut pn apa lagi bersembunyi dalam selimut sebab pintu biliknya tiba-tiba dihempas dengan kuat. Memang terkejut beruk la Hana. Beruk pun tak terkejut sampai macam tu sekali. Hampir 5 minit menunggu Lia dengan Kak Ina balik. Tiba-tiba Hani terdengar bunyi pintu biliknya terkuak tanda dibuka dari luar tapi Hana masih tidak berani melihat kerana dia sendiri dalam ketakutan. Terasa seperti ada sesuatu sedang menghampirinya dan dia menyangka Lia dengan Kak Ina. Bila dia membuka selimutnya, dia memerhatikan tiada sesiapa di situ melainkan dia dan Kak Sue yang masih pengsan. ‘Ai jangan la main-main’ Hana resah. Dia kelihatan betul-betul ketakutan . Badannya berpeluh kerana tidak selesa dah macam air ujan je peluh tu. ‘Siapa yang buka pintu tadi tu.’ Pintu bilik terkuak lagi dan kembali kedengaran pintu bilik dihempas dengan kuat lagi. Terus hana kembali berselubung dalam selimut. Keadaan di luar kelihatan sungguh gelap dan angin kencang berserta guruh berdentum menandakan hujan yang lebat pasti turun. Tba-tiba seluruh bangunan penghuni siswi gelap selepas dentuman kuat guruh. “Argh.......” kedengaran jeritan seseorang membuatkan Lia, Kak Ina dan beberapa siswi yang ingin ke bilik Hana terkejut. “Ish sapa pulak jerit malam-malam macam ni” soal Kak Mas. “Ish Mas,mulut tu jaga sikit jangan tegur sembarangan.’ Tegur Kak Ina. “Ha Mas,Ita dengan Lia tunggu sini kejap akak nak patah tanya mana-mana siswi yang ada lampu suluh. Jangan nak pergi dulu dalam gelap ni.” Pesan Kak Ina sebelum berlalu ke bilik senior yang lain. “Kak Mas beraninya Kak Ina pergi sorang-sorang. Dia tak takut ke?” soal Lia yang turut takut. “Kak Ina tu mana pernah takut gelap. Sebab dia tu berani la dia jadi Ketua kat Asrama Siswi ni. Dah la jangan banyak tanya. Duduk diam-diam lagi baik dari buat bising” balas Kak Ita menjawab soalan yang Lia tanya pada Kak Mas. Lia menurut kata sebab dia junior. Lagipula tak ada benda nak ditanya. Lia memerhati keadaan di sekeliling yang hanya ditemani cahaya lampu suluh dan lilin, suasana yang sunyi menambahkan lagi kegerunan malam. Tengah seronok memerhati, Lia merasa ada kelibat yang baru melepasi pandangannya. Pucat lesi muka Lia hanya dia sendiri yang tau jantung dia ni dah kena ‘heart attack’. ‘Mampus aku...apa benda la yang lalu tadi tu?’ Lia tak mampu berkata-kata kerana lidahnya dah kelu. “Lia...Lia.. ”panggil Kak Mas dan Kak Ita. “Kenapa Kak Mas, Kak Ita?”soal lia kembali. “errrr.....Lia...Lia nampak tak tadi?” soal Kak Mas dan Kak Ita separuh berbisik. ‘Ehh.. diorang pun nampak jugak ke?’ soal Lia dalam hati. “Errr... nampak kak tapi buat-buat tak nampak” balas Lia. Apalagi budak bertiga ni pun berpelukan sesama mereka kerana ketakutan. Kedengaran derapan tapak kaki seseorang yang semakin mendekati mereka. Semakin dekat...semakin dekat.... dan “Argh...aku makan korang”. Lintang pukang budak bertiga tu lari macam lari pecut 800 meter. “Mak tolong Ita mak ..hantu nak makan Ita” latah Kak Ita yang berlari dalam gelap sehingga selipar dia tercabut pun  dia tak berani nak patah balik sebab takut kena sergah dengan hantu. “Argh......tolong...tolong” kedengaran pula Kak Mas dengan Lia menjerit melolong meminta pertolongan sehingga Lia tersadung gara-gara terlanggar pasu di koridor.Lia mengaduh sakit dan dia dah tak boleh nak berlari lagi, Kak Mas turut berhenti untuk memastikan keadaan Lia. “Lia Ok tak?”tanya Kak Mas. “Kak kaki ni dah berdenyut-denyut ni” Lia menahan sakit. Mereka berdua tidak sedar yang Kak Ita tidak ada bersama mereka. “Eh Lia mana Kak Ita erk?”soal Kak Mas apabila menyedari ketiadaan Ita,temannya itu. “Tadi bukan dia lari dengan kita sekali ke?” soal Lia kembali. “Jangan-jangan Kak ita dah kena makan dengan hantu tu. Kenyang hantu tu makan Kak Ita.” mula la mereka fikirkan perkara bukan-bukan. “Tapi Kak kalau hantu tu simpan je Kak Ita macam mana?” soal Lia kembali sambil berlinangan air matanya.
“eh budak-budak bertiga ni mana? Tadi aku suruh tunggu kat sini tadi?” soal Kak Ina yang pelik kemana hilangnya Kak Ita, Kak Mas dengan Lia. “Tak akan la diorang jalan dalam gelap ni”Kak Ina mula tak sedap hati tapi dia bukan jenis cepat melatah. Dia membuat keputusan untuk ke bilik Hana. Mungkin mereka semua dah ada kat sana. Ketika lalu di laluan surau Kak Ina ternampak selipar Ita. “Ini selipar Ita. Macam mana selipar budak ni ada kat sini. Lagipun laluan surau bukan menuju ke bilik Hana. Kini dia pasti ada yang tak kene dengan budak bertiga tu.

 Ina membuat keputusan untuk mencari mereka di sekitar situ kerana tak mungkin diorang dapat berlari jauh sebab mereka bertiga tu bukannya suka bab nak lari-lari ni. Tengok je time ada maraton terbuka pelajar, tiga-tiga buat  muka tercungap-cungap, bila latihan larian memang kaki skip je. Kalau bagi sorak bukan main lagi suka. “Baik aku cepat cari diorang. Tapi tak akan la aku nak cari budak bertiga tu sorang-sorang. Jenuh aku nanti” fikir Ina lalu memanggil beberapa penghuni siswi yang lain untuk membantunya mencari mereka. Mereka berpecah dan mencari disekitar kawasan surau dan  seluruh kawasan bangunan siswi.  “harap-harap tak jadi apa-apa kat diorang tu.”keluh Kak Ina. “Kak Ina....Kak Ina cuba tengok tu...” seorang siswi menunjuk kearah sesuatu sambil menyuluh kerana tak dapat di lihat. “Eh itu kan Lia dengan Kak Mas korang. Apa diorang buat kat sini?” dalam hati Ina bersyukur kerana tidak terjadi apa-apa dekat mereka tapi dia pelik mana si Ita pulak pergi. Mereka segera mendapatkan Lia dan Kak Mas. “Mas apa dah jadi ni? Kenapa dengan kaki Lia tu? Mana Ita,Mas?” bertubi-tubi soalan diutarakan Ina. Dia bimbang dengan Ita yang belum ditemui. “Ish kau ni cuba tanya satu-satu dulu. Ni Lia kaki dia tersadung pasu. Aku terpisah dengan dengan Ita time lari tadi sebab ada hantu kacau. Itu lah citernya. Ada apa-apa lagi aku miss?” jawab Mas pada Ina. “Dah jom kita bawak Lia balik bilik. Entah apa citer pulak Sue dengan Hana tu. Tambah pening dengan sorang lagi hilang.” Seorang siswi membantu Ina untuk memimpin Lia berjalan dan lagi dua orang membantu Mas yang keletihan. Bila mereka tiba di hadapan bilik Hana. Ina rasa pelik kerana bilik itu bergelapan. “Ish hana ni tak pasang lilin or lampu suluh ke? Boleh pulak dia bergelapan dalam bilik ni.” Ina menyeluruh seluruh ruang bilik yang gelap tu. Kelihatan Hana tidur disisi Sue. “Orang suruh jaga orang lain dia boleh tidur pulak” bebel Kak Ina. “Hana...Hana... bangun Hana. Eh kenapa badan Hana ni sejuk” Ina mula panik melihat keadaan Hana. Pasti ada sesuatu terjadi padanya. Lia dan Mas disuruh duduk di atas katil Lia. “Lia.. lampu suluh ada tak dalam bilik ni?” soal Ina pada Lia. “Ada Kak.. Cuba akak cari bawah katil Hana.” Balas Lia. Lia memang tahu dengan perangai Hana yang suka membaca sampai lewat malam sehingga menganggu tidurnya. Jadi Hana akan mengguna lampu kecemasan untuk membaca dalam gelap. Bilik A-3 diterangi dengan lampu kecemasan. “Apa yang Kak Ina cari tu?”. Akak tengah cari minyak angin dengan kotak first aid. Korang ada tak?” soal Kak Ina. “Cuba cari dekat laci meja study Hana. Rasanya semalam dia letak semua kat situ. Kak Ina mula bergerak sedikit ke laci lalu mengambil minyak angin untuk disapukan sedikit pada hidung Hana dan Kak Sue agar mereka sedar. Tapi masih tidak ada tindak balas dari mereka. Lalu dia mengambil air dan merenjis ke muka mereka. Kelihatan Kak Sue sudah mula membuka matanya dan dia hairan dengan keadaan bilik A-3 yang penuh dengan kehadiran teman dan junior. Tba-tiba seluruh bangunan asrama siswi diterangi lampu menandakan bekalan elektrik sudah pulih. “Ha Sue dah sedar dah kau. Kau ok tak?” soal Kak Ina melihat kawannya itu sudah sedar dan dia bersyukur kerana bekalan elektrik sudah ada. “Aku ok tapi kepala aku pening la. Kenapa ramai sangat dalam bilik ni. Asal dengan Hana dengan Lia tu?” Sue hairan melihat keadaan Hana  yang pucat dan kaki Lia yang bengkak. ‘eh budak-budak ni bukan tadi ok ke? Tak akan la kita orang gaduh. Fikiran Sue mula ligat mencari jawapan. “Dah la Sue kau jangan banyak fikir. Bila kau dah ok nanti aku citer kat kau.” nasihat Kak Ina. Dia tak mau Kak Sue fikir dengan keadaannya takut-takut nanti dia lagi teruk. Kak Ina meminta seseorang untuk memberikan Kak Mas dan Kak Sue minum untuk menghilangkan dahaga. Kaki Lia yang teseliuh diurut Kak Ina dengan berhati-hati agar tidak tersalah urat. Kak Sue kembali tidur dan yang lain-lain masih menunggu pencarian Kak Ita yang belum dijumpai.

Selang beberapa minit kemudian Kak Ita dibawa oleh 4 orang pelajar ke bilik A-4, sebelah bilik Hana dengan Lia kerana ruang bilik mereka sempit. Keadaan Ita yang tidak sedarkan diri itu turut membuatkan Ina bingung. Apakah perkara sebenar yang terjadi kepada, Sue,Hana,Ita,Mas dan Lia. Pasti semua ini ada berkaitan. Tak mungkin semua ini terjadi secara kebetulan. Perkara ini harus disiasat. "Terima kasih la korang semua sebab tolong bantu akak cari Ita tadi. tapi korang jumpa dia kat mana?"soal Ina kepada 4orang siswi yang membantunya. "tadi kami jumpa Kak Ita terbaring dekat tepi surau." jawab salah seorang dari mereka. Malam ni memang menakutkan semua. Mereka berharap perkara sebergini tak akan terjadi lagi. Rahsia malam ni biarlah Ina sahaja yang tau. Dia tau kenapa semua ini terjadi. Dia hanya akan memastikan semua yang terjadi esok.

CiteR PeNuLiS samb 1

KENANGAN ZAMAN SEKOLAH

 Dari zaman sekolah lagi Hana ada alergic bab dengar-dengar orang cakap. Tapi Hana memang tak berani nak ponteng kelas sebab Cikgu Ruby memang garang. Siapa tak kenal Cikgu Sains tu,tanya je semua budak Sekolah Menengah Taman Kota, pasti sampai terketar-ketar  nak jawab.Tapi Hana yang jawab “ala setakat Cikgu Ruby tu aku dah lama kamcing lagi dari dia dalam perut mak dia lagi aku kamching” itulah yang sering Hana kata pada teman-temannya. Tapi pada satu hari, tanpa disedari Hana. “Wei Hana Cikgu Ruby mana erk?soal Yus pembantu kelasnya. “ Oh.. ala tak payah la Cikgu Ruby tu masuk. Biar aku je ajar ari ni.” Hana mula meniru gaya Cikgu Ruby masuk ke kelas sambil membawa rotan. Rakan-rakan dalam kelasnya semua ketawa kerana lucu melihat gelagat Hana yang meniru gaya Cikgu Ruby. Tiba-tiba suasana yang riuh itu kembali sepi. Hana hairan ‘Ish dah tak lawak ke cara aku ni?’ Hana soal dalam hati. Dia tak sedar yang Cikgu Ruby dah masuk dalam kelas. Tiba-tiba kedengaran suara seseorang yang menanyakan “Cikgu Hana nak ajar subjek apa cikgu?” Hana tidak tau sapa yang bertanya kerana dia sedang menghadap papan hitam. Hana yang  tak sedar akan kehadiran cikgunya itu pun meriru kembali gaya Cikgu Ruby sambil menoleh ke arah suara itu. Terkejut bukan kepalang Hana bila melihat Cikgu Ruby sedang duduk di bangkunya. ‘Mampus aku kejap lagi’Hana tak tau nak kata apa dah dia Cuma tau tepuk dahi je la sekarang ni. “Ai Cikgu Hana tadi saya tengok bukan main lagi saya tengok awak nak mengajar. Teruskan la mengajar. Hari ni sains awak yang ajar kami semua.” Cikgu Ruby masih duduk dan memerhatikan Hana yang sudah terkulat-kulat kat depan tu. Kalau boleh dia nak tergelak je tengok keadaan Hana itu. Dia memang tau akan kenakalan Hana tapi ketawanya itu dikawal kerana dia tak mau Hana naik kepala pulak. Satu jam Hana terpaksa mengajar subjek sains dengan malu yang tak tau nak dikata ditambahkan pula bila budak pengawas kesukaanya berdiri di depan kelasnya. “Assalamualaikum. Boleh saya jumpa dengan Cikgu Ruby tak?” soal pengawas yang berna Aswad itu. “Hari ni Cikgu Ruby tak mengajar. Kalau kamu nak bagitau apa-apa bagitau je dekat Cikgu Hana kat depan tu” balas Cikgu Ruby. Berubah air muka Hana bila Cikgu Ruby kenakannya. “Cikgu Hana nanti tolong beritau Cikgu Ruby pukul 11.30 pagi nanti ada mesyuarat guru-guru ye.” Pesan Aswad pada Hana sebelum berlalu ke kelasnya. Paling memalukan bila Aswad kata “tak sangka kat sekolah ni ada cikgu pakai baju sekolah”. Hahaha terkena hana dengan usikan Aswad. ‘Taubat dah aku tak nak buat lagi kerja ni, tak pasal-pasal jatuh saham bukan sikit tapi hampir muflis saham aku.’Hana  tak tau nak buat apa dah yang pasti semua dah kantoi depan Aswad yang merupakn pelajar idaman budak perempuan kat sekolahnya.

Habis je waktu persekolahan Hana terus cabut tunggu di pondok menunggu berdekatan dengan tempat parking motor pelajar. “Woi Hana...ye pun nak lari dari Aswad tu jangan sampai tinggalkan kteorang lak.”soal Min dan Anis  yang tercungap-cungap macam tak cukup oksigen. “Yang korang ni macam baru lepas marathon yang tak cukup tanah ni nape?” soal Hana yang pelik dengan 2 rakan kelasnya ni. “Memang tak cukup tanah sampai terpaksa aku pinjam tanah kubur.”jawab Min. “Ah bagus la pinjam tanah kubur kang biar malam ni hantu kubur teman kau” perkena Hana.                    “Ai Hana kau ni memang tak sayang mulut erk. Pagi tadi dah kena dengan cikgu pun tak serik-serik lagi’ marah Min pada Hana. “Hana tu memang tak tau serik. Dia serik bila Aswad je kenakan dia.” Celah Anis untuk memusnahkan keadaan. “Ai nama Aswad jangan nak buat main yang pagi tadi tu pun tak lepas lagi aku lupa korang nak masuk jarum balik. Kang korang dua yang aku korbankan kang” ugut Hana kerana dia seboleh bolehnya ingin melupakan kejadian pagi tadi.

Tanpa disedari mereka,mereka telah diperhatikan dari tadi dari kawasan parking motor pelajar. Mungkin kerana seronok berborak sampai tak perhatikan keadaan sekeliling.  “Oi aswad apa yang kau tengok sampai tak beralih pandang tu” Naim pelik bila tengok kawannya yang sorang tu yang suka termenung kat parking motor. Tak kira datang sekolah atau balik sekolah macam tu la dia suka buat. “Ha.. apa dia Naim? Kau ada tanya aku ke Naim?” soal Aswad kembali yang terpingga-pingga. ‘Dah sah apa yang aku cakap langsung tak masuk telinga dia ni.’Naim dapat mengagaknya dari tadi lagi. “Ah...aku tak cakap apa-apa pun dengan kau. Aku tengah cakap dengan tunggul kayu depan sekolah sana tu? Balas Naim yang geram dengan Aswad. “Ha...owh kau cakap dengan tunggul kayu tu ke Naim. Aku ingat kau cakap dengan aku tadi..Sorry ye sebab ganggu kau cakap dengan tunggul kayu tu” balas Aswad selamba badak. ‘Tengok bila aku kenakan dia, dia mentah-mentah kenakan aku balik’ tepuk dahi je la si Naim dengan membernya ni. “Jom lah balik Aswad. Kaki aku dah lenguh ni tunggu kau. Kau tengok ni dah naik kematu kaki aku ni. Wei cepat la. Kalau tak aku tinggal kau baru tau”Naim mula mengurut kakinya yang memang dah lenguh tunggu Aswad nak start enjin motornya. “Ish kau ni Naim membebel je macam orang perempuan. Tunggu sekejap tak boleh ke? Malang la nasib si Min tu kalau dapat laki macam kau ni Naim” marah Aswad lalu naik ke motornya. “Wei nama Min jangan kau sebut-sebut ye kat sini.Kalau aku tau kau benci orang membebel dari tadi sepatutnya aku membebel kat kau”. balas Naim.

Kedengaran bunyi bising dari motor kawasaki ninja milik Aswad dan Naim menarik perhatian Hana, Min dan Anis. “Wei Hana cepat tengok Aswad. Fuh tapi aku lebih suka Naim dia lagi macho bila naik motor tu beb.”Min memang  macam tu bila tengok ada je mamat superbike ni mesti dia suka. Mereka bertiga memerhati sehingga motor budak laki berdua tu hilang dari pandangan mata diorang. “Seronoknya aku kalau dapat motor macam tu sebijik macam motor diorang tapi aku nak warna ijau muda baru ok dengan taste aku ni” Min mula berangan-angan menaiki motor superbike sambil melambai tangan kepada Naim dan Aswad yang sudah tertinggal di belakang. Tengah syok lambai tangan Min tak sedar ada seekor lembu tengah melintas jalan, Min cuba mengelak lembu tpai baik-baik mengelak dia terjatuh atas taik lembu. Terus tiba-tiba angan-angan Min hilang entah ke mana gara-gara lembu tadi. “Woi Min jauh nya kau berangan. Mesti berangan naik motor sport lepas tu mesti jatuh punyer. Hahaha betul tak Min?”soal Hana yang sama turut membayangkan Min jatuh. “Macam mana kau tau aku jatuh motor. Teror la kau? Min pelik macam mana Hana tau kesudahan angan-angannya itu. “Eleh senang je jawapannya. Jawapannya sebab kau memang tak pandai bawak motor. Basikal pun tak lepas ni kan pula nak bawak motor. Dalam mimpi pun kau tak boleh bawak punyer. Hahahaha” Hana ketawa turut di ikuti Anis. “Betul tu cakap Hana, tapi kan Hana ada 1 motor tu yang aku sure Min boleh bawa.” Sampuk Anis lagi. “Motor apa?” soal Hana. “Motor yang jual ais krim paddle pop yang kat depan sekolah tu” jawab Anis dan membuatkan Hana tergelak sampai keluar air mata. Min buat muka toya je walaupun sebenarnya dia sendiri lucu dan tak dapat bayangkan kalau dia kena bawak motor yang Min cakapkan tu. Mesti tebal muka kalau bawak datang sekolah.

CiteR PeNuLiS

Mengisahkan kehidupan remaja masa kini yang penuh dengan cabaran melalui watak seorang gadis remaja.

“Arrrrgggghh.....”bergema seluruh kamar dengan jeritan Hana. Itulah yang sering terjadi jika Hana mengamuk atau tak puas hati. Itu cara Hana menunjukan perasaannya. “Wei Hana, kalau kau nak ngamuk sekali pun jangan sampai buat aku terkejut.” Marah Lia kerana fokusnya utuk menulis terganggu. Lia merupakan teman baik Hana dan merangkap teman sebilik. Pertemuan dua rakan baik ni bermula dengan pertemuan yang sungguh melucukan. Dimana mereka masuk ke dewan kuliah dengan memakai baju kurung yang sama. Sampai ada yang kata mereka ni macam kembar. Tapi mereka sendiri tak sangka bukan setakat baju je boleh sama tapi minat dan cara mereka memang seiring. “Kali ni apa pula yang kau tak puas hati Hana? Cuba kau citer kat aku ni?”soal Lia yang suka medengar rungutan dan bebelan Hana. “kali ni aku tak puas ati dengan Prof.Razak tu la, ada ke patut dia menangkan si Man bajet tu. Dia kata Man punyer keje tu lebih ok dari aku punya. Itu aku angin je ari nie.”habis tersembur semuanya bukan air liur tapi marah cik Hana tu. “Ohh..pasul tu je ke yang kau nak ngamuk sampai nak runtuh bilik nie. Kau nak dengar tak nasihat aku?”soal Lia. Mesti lah aku nak dengar nasihat kau. Kau kan teror bab-bab nasihat orang ni.” Hana memang suka dengar nasihat Lia sebab semua boleh pakai. Tapi Hana tak tau muslihat yang sedang dimainkan Lia. “Ish..cepat la bagitau apa nasihat nye?” Hana mula geram dengan Lia yang suka menguji kesabarannya. Dia memang tak suka menunggu dan ditunggu. “Ishh budak ni kang aku tak nak bagitau baru kau rasa. Kejap la biar aku pikir apa nasihat yang patut aku bagitau kau.” Dia mengaru kepala yang tak gatal itu untuk menguji kesabaran Hana. Dia memang suka tengok muka Hana bila mendesak macam budak kecik yang nakkan gula-gula. Kalau tak dapat nak ngamuk bukannya nak usaha sendiri  itulah perangai remaja zaman sekarang yang nak kan sesuatu tapi tak usaha sendiri. “Lia cepat la bagitau kang tak pasal-pasal roti ni aku sumbat kat mulut kau kang.”tahap kesabaran Hana dah memuncak seperti tunggu saat gunng Merapi meletus.Memang ada je yang akan terkorban dengan Hana sekejap lagi. ‘encik roti bersabar je la kau ye..kejap lagi tau la Lia lagit tu tinggi ke rendah’Hana berdisksi di dalam hatinya sambil memandang roti yang bakal di sumbat ke mulut Lia. Dia mula tersenyum kambing dan memandang Lia. Lia masih tidak dapat menghidu apa yang bakal terjadi kepada dirinya nanti. “Eleh setakat roti tu kau sumbat aku telan la aku pun tak makan lagi ni, bukan senang orang nak suapkan aku time tengah sihat-sihat ni.hahaha..” Lia membuka mulutnya tanda mencabar Hana. Hana yang tercabar pun apa lagi dia sumbat la sekeping roti ke dalam mulut Lia. Terkejut Lia bila Hana betul-betul sumbatkan roti. Tapi yang memelikkan Lia ialah Hana yang gelak sakan. “Woi asal kau gelak teruk sangat ha?” soal Lia yang kehairanan dengan keadaan Hana yang dah kelihatan tidak waras hanya disebabkan sekeping roti. “haha...macam mana aku tak tergelak .....kalau...hahaha.. aku tak nak cakap la” Hana tak dapat meluahkan apa yang nak dikata kerana baginya keadaan Lia sekarang sungguh mencuit hati. “Cuba kau tengok sendiri rupa kau kat cermin” ucap Hana kepada Lia. Ini membuatkan Lia lagi hairan. ‘sah budak ni dah ilang akal  x kan la setakat sumbat roti kat mulut aku nak tengok cermin. Alamat aku pun bakal gila la kalau ikut cakap dia’ bicara Lia dalam hati. ‘Dah-dah la Hana aku nak gi mandi lagi bagus, malas aku nak layan kau” balas Lia yang sudah penat dengan sendiwara Hana. Lia terus mengambil tualanya lalu ke bilik mandi. Manakala Hana pula mula mengira tapi tidak diketahui apa yang dikiranya “1...2...3...”. “Argh............Hana aku benci kau.” Kedengaran jeritan Lia  sampai ke telinga Hana. Itu membuatkan Hana tergelak sampai jatuh dari kerusi. Dia dah agak apa yang akan terjadi.Penghuni puteri yang melalui di depan bilik mereka sudah dapat meneka apa yang terjadi kerana mereka tau kenakalan Hana. Itu lah akan terjadi setiap hari. Kak Sue yang baru nak masuk pun mula meneka apa pula yang terjadi kali ni. “Ish korang ni asal bising-bising ni sampai kat luar akak boleh dengar?” Tiba-tiba terpancul Kak Sue depan pintuk bilik. Hehe...Kak Sue. Sori la sebab bising. “Hana gelak la sebab Lia terjerit kat dalam toilet tu mungkin sebab cicak kobeng kot jatuh kat dia la tu.”balas Hani sambil membayangkan gelagat Lia yang memang fobia dengan cicak. “Ha yela tu macam akak nak caya cakap kau. Cepat bagi tau kenapa Lia jerit kat dalam tu?” soal kak sue kembali kerana hairan. Tak kan la sebab cicak dia jerit sampai gegar bangunan asrama puteri ni. Ini mesti kerja Hana ni buat Lia marah. Dulu pernah sekali Kak Sue tengok Lia merajuk dengan Hana dan bila Kak Sue tanya Lia,

Lia kata “macam mana Lia tak marah Hana ada ke patut dia bagi tau kat Farid   tu yang Lia suka kat Farid tu. Dah la Farid tu muka poyo pakai baju kemeja butang sampai kat leher. Ei tak nak la Lia dengan Farid tu” Lia tak dapat nak bayangkan. Kak Sue yang dengar pun tak dapat bayangkan kalau Lia dengan Farid. “Ha Kak Sue jauhnya melambung dia berangan. Kak Sue berangan apa Kak Sue?” soal Hana yang memandang Kak Sue yang tersenyum sorang-sorang tu. Budak ni bukan leh caye sangat kang aku pun jadi macam dia. “Jangan nak ubah topik lak. Apa yang akak ingat itu akak punyer citer. Cepat bagitau apa dah jadi kat Lia tu”soal Kak Sue kembali. “Ala nanti akak tau la bila Lia keluar nanti.”Hana bermain tarik tali dengan Kak Sue. Beberapa minit kemudian Lia keluar dengan muke kebengangan yang tak mampu nak di kata. “ha keluar gak Lia dari toilet tu. Apa yang lama sangat duduk dalam toilet tu?” soal Kak sue setelah melihat Lia yang keluar dari toilet. “Sori la kak tadi Lia tidur dalam toilet tu yang lama tu.” Saja Lia kenakan Kak Sue. Aku dah agak dah kalau tanya berbudak nie mesti ni la jawapan yang diorang bagi kat aku. Kak Sue sudah mengenali mereka lebih dari 6 bulan. Dia senang dengan kegilaan budak-budak ni. Kerana terubat rindunya terhadap adik-adiknya. “Kalau akak nak tau tadi waktu Lia masuk toilet Lia terkejut sebab ada sebuk roti dalam hidung”jawab Lia sambil menjegil matanya pada hana. Hana menunjukan gaya  terkejutnya seolah olah dia tidak bersalah. Itu membuat kan Lia cukup bengang hingga ke langit ketujuh. Tanpa disangka Hana dan Lia. “hahahaha... korang ni memang suka buat lawak.Hahaha...adoi lucu betul la korang dan tak dapat akak bayangkan macam mana boleh ada serbuk roti kat idung kau ,Lia.” Kak sue tak mampu menahan ketawanya. “Ish Kak Sue ni bukan nak backup Lia pun. Eii..benci la” Lia mula menunjuk tanda memprotes. “Ala-ala adik akak sorang ni nak majuk pulak kang akak suruh Farid pujuk nak x?” Kak Sue sengaja mengenakan Lia. “Ei tengok tu...ei Kak Sue ni... benci betul la.” Lia rasa kekejaman sudah bermula keatas dirinya. ‘ Ya Allah kau selamatkan la hamba mu yang lemah ini.”Lia berdoa agak dirinya diselamatkan dari mereka berdua. “Ala Lia sabar la. Akak gurau je la jangan la sampai buat muka macam citer Pasrah lak.”Kak Sue mula memujuk Lia tapi tetap mengenakan Lia lagi. Itu lah keseronokkan bila dapat join 2 kaki dengan berbudak ni. Lebih seronok dari ponteng kelas komputer Prof. Zam.

(p/s:Hehehe tapi tak leh nak kutuk sangat kang terkena batang idung sendiri kang.huhu.... )

 Tapi lega la sepanjang ponteng kelas tu tak pernah kantoi dengan Prof. Zam sebab sumer kerja kuliah pasti beres seperti yang dia nak. Itu kelebihan kalau Hana kalau ponteng sebab dia akan ada assistant yang memberikan note iaitu Lia. Hana jenis yang kurang dengan nak dengar pensyarah membebel kat depan tu. Tapi bab kerja yang diberi Hana la yang paling bagus dalam setiap assignment. Sebab itu Lia tidak kisah kalau Hana ponteng kelas tapi xde la kerap sangat Hana nak ponteng. Lia pula jenis yang memang suka pergi kuliah kalau ada hari yang xde kuliah Lia akan ajak Hana ke perpustakaan untuk study. Hana jenis ikut je tapi bukannya dia study pun, yang dia tau buat taik mata je.